User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))
85
Menggunakan BEST SHOT
Anda boleh mendaftarkan sehingga 999 persediaan, berdasarkan syot kilat yang
ditangkap dengan kamera, seperti pemandangan “CUSTOM SHOT”. Memilih
pemandangan “CUSTOM SHOT” yang didaftarkan akan mengkonfigurasikan kamera
dengan tetapan ini. Persediaan syot kilat yang dirakam dengan mod dan ciri berikut
boleh didaftarkan sebagai pemandangan “CUSTOM SHOT”.
• Auto Program
• Mod A
• Mod S
• Mod M
• BEST SHOT (Tidak termasuk “Prerecord (Movie) (Prarakam (Filem))”,
“For YouTube (Untuk YouTube)”, dan “HDMI TV Output (Output TV HDMI)”)
. Untuk mendaftarkan pemandangan “CUSTOM SHOT”
1. Pada menu pemandangan BEST SHOT, pilih pemandangan yang
bernama “CUSTOM SHOT (Register User Scene (Daftar Pemandangan
Pengguna))” dan kemudian tekan [SET].
2. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih syot kilat yang anda mahu simpan
persediaannya.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Save (Simpan)” dan kemudian
tekan [SET].
Pemandangan anda akan ditetapkan dengan nama “Custom Scene
(Pemandangan Tersuai)”, bersama dengan nombor pemandangan.
•
Persediaan filem tidak boleh didaftarkan sebagai pemandangan “CUSTOM SHOT”.
• Anda boleh menyemak tetapan pemandangan “CUSTOM SHOT” yang dipilih pada
masa ini dengan memaparkan menu tetapan kamera dan melihat tetapannya.
• Pemandangan “CUSTOM SHOT” ditetapkan dengan nombor dalam urutan: U1,
U2, dan seterusnya.
•
Berikut ialah tetapan yang disimpan untuk setiap pemandangan “CUSTOM SHOT”.
Face Detection (Pengecaman Muka), Focus (Fokus), EV Shift (Anjakan EV), White
Balance (Imbangan Putih), Flash (Denyar), ISO, Metering (Permeteran), Lighting
(Pencahayaan), Flash Intensity (Kekuatan Denyar), Sharpness (Ketajaman),
Saturation (Ketepuan), Contrast (Kontras)
• Pemandangan “CUSTOM SHOT” disimpan dalam memori terbina dalam (halaman
172) dalam folder SCENE (syot kilat).
• Memformatkan memori terbina dalam kamera (halaman 184) akan memadam
semua pemandangan “CUSTOM SHOT” pengguna.
• Gunakan prosedur berikut apabila anda mahu memadam pemandangan
“CUSTOM SHOT”.
Paparkan skrin maklumat (halaman 84) bagi pemandangan BEST SHOT
pengguna yang ingin anda padam.
Tekan [2] ( ), pilih “Clear (Kosongkan)”, dan kemudian tekan [SET].
Mencipta dan Menggunakan Persediaan Anda Sendiri
(CUSTOM SHOT)










