User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))

87
Menggunakan BEST SHOT
Sebagai tambahan kepada Antigoncang optik, tekanan tunggal butang pengatup
semasa Antigoncang HS didayakan, menyebabkan kamera merakam berbilang imej
dan menggabungkannya secara automatik. Gunakan ciri ini untuk meminimumkan
imej kabur disebabkan oleh pergerakan kamera di bawah keadaan di mana
antigoncang optik tidak berfungsi atas sebab tertentu.
1. Jajarkan dail mod dengan [b] (BEST SHOT).
2. Tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih dan kemudian tekan [SET].
4. Pilih “HS Anti Shake (Antigoncang HS)” dan kemudian tekan [SET].
5. Apabila anda telah sedia untuk menangkap, tekan butang pengatup.
Dengan pemandangan BEST SHOT ini, tetapan denyar secara automatik menjadi
? (Flash Off (Denyar Mati)).
Antigoncang HS mungkin tidak berfungsi dengan baik dan mengakibatkan imej
kabur jika kamera dialihkan lebih jauh daripada julat yang dibenarkan atau jika
subjek bergerak semasa rakaman.
Apabila merakam dengan pemandangan BEST SHOT ini, “ISO” (halaman 51) dan
“ISO High Limit (Had Tinggi ISO)” (halaman 114) ditetapkan pada “Auto”.
Merakam dengan Antigoncang Berkelajuan Tinggi
(Antigoncang HS)
B