User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))

89
Menggunakan BEST SHOT
Dengan HDR (Julat Dinamik Tinggi), kamera merakam sesiri imej CS menggunakan
tetapan pendedahan berbeza dan menggabungkannya menjadi imej akhir untuk
membetulkan pendedahan lampau atau pendedahan kurang subjek dalam tahap
kecerahan berbeza.
1. Jajarkan dail mod dengan [b] (BEST SHOT).
2. Tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih dan kemudian tekan [SET].
4. Pilih “HDR” dan kemudian tekan [SET].
5. Tekan [SET], dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk memilih
pilihan Panel Kawalan (HDR Level (Tahap HDR)), dan kemudian
tekan [SET].
6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tetapan Tahap HDR yang anda
mahu, dan kemudian tekan [SET].
Tahap HDR boleh ditetapkan kepada Tahap 1, Tahap 2, atau Tahap 3.
7. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
HDP berfungsi paling baik apabila merakam dengan kamera yang dicagakkan di
atas tripod.
Merakam dengan fungsi ini menyebabkan tetapan denyar bertukar secara
automatik kepada
?
(Flash Off (Denyar Mati)).
Pembetulan Antigoncang yang dijalankan untuk mengimbangi pergerakan kamera
semasa rakaman dengan fungsi ini menghasilkan kawasan imej yang lebih kecil
berbanding biasa.
Kesan HDR yang diingini mungkin tidak dapat diperoleh jika kamera atau subjek
bergerak semasa rakaman.
Bergantung pada keadaan rakaman dan komposisi imej, fungsi ini mungkin tidak
dapat memberikan hasil yang dikehendaki.
Pembetulan Pendedahan Lampau dan Pendedahan Kurang
Secara Digital (HDR)