User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))

92
Menggunakan BEST SHOT
Apabila merakam dengan fungsi ini, zum ditetapkan pada sudut lebar.
Apabila merakam dengan fungsi ini, tetapan denyar secara automatik menjadi
? (Flash Off (Denyar Mati)).
Menangkap dengan fungsi ini secara automatik menetapkan Antigoncang kepada
“Standard” (halaman 116), tetapi pergerakan besar kamera atau subjek
menyebabkan anda tidak mendapat hasil yang diingini.
Bergantung pada keadaan rakaman, komposisi imej, dan subjek yang anda rakam,
pemandangan ini mungkin tidak dapat memberikan hasil yang dikehendaki.
Mesej “Could not merge. Will record as normal images. (Tidak dapat menggabung.
Akan merakam sebagai imej normal.)” akan muncul jika proses Makro Fokus
Semua Di Dalam tidak boleh dijalankan atas sebab-sebab tertentu. Imej yang
ditangkap oleh kamera akan disimpan walaupun tidak boleh digabungkan.
AF-CS merakam sehingga 30 imej CS sambil memfokus subjek. Ciri ini amat
berguna apabila merakam kanak-kanak dan subjek lain yang bergerak laju. Kelajuan
CS dilaraskan secara automatik mengikut keadaan rakaman dalam julat tiga hingga
enam bingkai per saat.
1. Jajarkan dail mod dengan [b] (BEST SHOT).
2. Tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih dan kemudian tekan [SET].
4. Pilih “AF-CS” dan kemudian tekan [SET].
5. Tekan butang pengatup sepenuhnya.
Tekan dan tahan butang pengatup bagi merakam sehingga 30 imej pada
kelajuan tinggi.
Zum dinyahdayakan semasa operasi pengatup berterusan.
Saiz imej berikut tidak boleh dipilih semasa merakam dengan Fokus Auto CS: 3:2,
16:9. Jika anda memilih AF-CS semasa satu daripada saiz imej ini dipilih, kamera
akan menukar tetapan saiz imej kepada 16 M secara automatik.
Ciri kamera berikut tidak boleh digunakan semasa merakam dengan Fokus Auto
CS: Handsfree (Bebas Tangan), Pemasa Kendiri Tigaan, Single SR Zoom (Zum
SR Tunggal).
Tetapan dalam jadual di bawah adalah tetap apabila merakam dengan AF-CS.
Menggunakan Pengatup Berterusan dengan Fokus Auto (AF-CS)
Image Quality (Kualiti Imej) Normal
Flash (Denyar) Flash Off (Denyar Mati)
Mod Fokus AF
AF Area (Kws AF) Spot (Titik)