User manual - EXZR1200_M29_FB_140320 (Malay (macrolanguage))

99
Menggunakan BEST SHOT
Dengan ciri ini, beberapa imej dirakam dan kemudian digabungkan bagi menghasilkan
imej dengan sudut pandang super lebar yang melebihi sudut pandang terlebar mungkin
dengan kanta ini. Ditukar kepada 35 mm setara, jarak fokus yang tersedia dengan ciri
ini mendayakan rakaman dengan anggaran sudut pandang 14 mm dan 18 mm.
1. Jajarkan dail mod dengan [b] (BEST SHOT).
2. Tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih dan kemudian tekan [SET].
4. Pilih “Wide Shot (Syot Lebar)” dan kemudian tekan [SET].
5. Tekan [SET], dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk memilih
pilihan Panel Kawalan (Wide Level (Paras Lebar)), dan kemudian
tekan [SET].
6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih tetapan lebar (sudut pandang)
yang anda mahu dan tekan [SET].
Terdapat dua tetapan yang tersedia: “18 mm” dan “14 mm”.
“14 mm” merakam kawasan yang lebih lebar daripada “18 mm”.
7. Pegang kamera agar ia
tegak, dengan butang
pengatup dan kawalan
lainnya di bawah.
Jangan halakan kamera ke
bawah ke arah tanah pada
waktu ini. Jika anda berbuat
demikian, sensor
kedudukan menegak/
melintang terbina dalam
kamera tidak akan
beroperasi dengan betul dan anda mungkin tidak dapat memulakan rakaman.
Merakam dengan Sudut Pandang Super Lebar (Syot Lebar)
24 mm
(sudut terlebar kanta)
18 mm 14 mm
Butang pengatup
Dail kawalan