User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
103
Menggunakan BEST SHOT
Anda boleh mengkonfigurasikan kamera bagi menyimpan imej RAW* bersama-sama
imej JPEG standard apabila menangkap syot kilat. Data imej RAW disimpan dalam
folder kamera yang bernama “RAW” (halaman 169).
* Imej RAW ialah data imej (sambungan nama fail .DNG) yang belum diproses
secara dalaman oleh kamera. Oleh sebab tiada kemerosotan imej, fail RAW
memberikan lebih kebebasan kreativiti apabila digunakan dengan perisian yang
menyokong fail format DNG kegunaan umum.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Imej RAW” (halaman 83).
2. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Saiz imej ditetapkan pada 16 M apabila merakam dengan fungsi ini.
Fungsi berikut tidak boleh digunakan dengan fungsi ini: Zum SR Tunggal, Zum
Digital, rakaman filem.
Gunakan prosedur di bawah bagi mengkonfigurasikan kamera untuk merakam syot
kilat dengan nisbah bidang 16:9, semasa anda menggubahnya di skrin TV.
1. Matikan kamera dan gunakan kabel HDMI yang dijual secara komersil
untuk menyambungkan kamera pada TV.
2. Hidupkan kamera.
Merakam Imej RAW (Imej RAW)
Menggunakan Skrin TV untuk Merakam Syot Kilat
(Output TV HDMI)
Penyambung HDMI
Kabel HDMI (dijual
secara komersil)
Penyambung mini HDMI
Input HDMI
HDMI output (mini)