User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
133
Melihat Syot kilat dan Filem
1. Gunakan kabel AV (EMC-8A) yang disediakan secara pilihan untuk
menyambungkan kamera ke TV.
Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga
apabila menyambungkan, lihat halaman 26.
Pastikan kamera dimatikan sebelum menyambung atau menanggalkan kabel.
Semak dokumentasi pengguna yang diberikan bersama TV untuk
mendapatkan maklumat tentang keperluan sebelum menyambung atau
menanggalkannya daripada TV.
2. Pasang TV dan pilih mod input videonya.
Jika TV mempunyai lebih daripada satu input video, pilih input di tempat kamera
disambungkan.
3. Hidupkan kamera dan tekan [p] (MAIN).
Ini akan menyebabkan imej muncul di skrin TV, tanpa sesuatu pun muncul pada
skrin monitor kamera.
Anda juga boleh menukar nisbah bidang skrin dan sistem output video
(halaman 179).
4. Kini anda boleh memapar imej dan main semula filem seperti yang
biasa anda lakukan.
Audio pada awalnya dikeluarkan oleh kamera pada kelantangan maksimum.
Ketika pertama kali anda memaparkan imej, tetapkan kawalan kelantangan TV
pada aras yang agak rendah dan kemudian laraskannya mengikut keperluan.
Melihat Syot Kilat dan Filem pada Skrin TV
Kuning
Kabel AV (EMC-8A)
Merah
Bicu MASUK VIDEO (kuning)
Bicu MASUK AUDIO
(merah)
TV
Putih
Bicu MASUK AUDIO (putih)
Video Audio