User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
147
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
[p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” *
Tarikh / Masa
Apabila tetapan tarikh dan masa adalah apa yang anda mahu, jajarkan kursor
dengan “Guna” dan kemudian tekan [SET] bagi menggunakannya.
Untuk bertukar antara penjagaan masa 12 jam dengan 24 jam, alihkan kursor ke
“am (pm)” dan “24h” (yang akan dipaparkan) dan kemudian gunakan [8] dan [2]
untuk menukar tetapan.
Tarikh dan masa yang dicop pada imej menggunakan Cap Masa (halaman 173)
tidak boleh diedit.
Anda tidak boleh mengedit tarikh dan masa imej yang dilindungi.
Anda boleh masukkan sebarang tarikh dari 1980 hingga 2049.
[p] (MAIN) * Syot Kilat atau Skrin Filem * [MENU] *
Tab “p PLAY MENU” * Putaran
1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Putaran” dan kemudian tekan
[SET].
Setiap tekanan [SET] akan memutar imej yang dipaparkan 90 darjah ke kiri.
2. Apabila imej yang dipaparkan berada pada penghalaan yang anda
mahu, tekan [MENU].
Memutar imej kumpulan menyebabkan semua imej dalam kumpulan itu terputar.
Anda tidak boleh memutar imej komponen individu dalam kumpulan.
Putaran imej panorama tidak disokong.
Perhatikan bahawa prosedur ini tidak menukar data imej. Ia cuma mengubah cara
imej dipaparkan pada skrin monitor kamera.
Imej yang telah dilindungi atau dizum tak boleh diputar.
Versi asal (tak diputar) imej akan dipaparkan pada skrin menu imej.
Mengedit Tarikh dan Masa Imej (Tarikh/Masa)
[8] [2] Menukar tetapan di lokasi kursor.
[4] [6] Mengalihkan kursor di antara tetapan.
Memutar Imej (Putaran)