User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
164
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Peringatan Main Semula Filem
Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah model
Macintosh. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
Cuba merakam filem dengan tetapan kualiti “STD”.
Naik taraf ke versi terkini QuickTime.
Matikan aplikasi lain yang sedang berjalan.
Walaupun main semula yang baik tidak boleh dilakukan pada Macintosh, anda boleh
menggunakan kabel HDMI yang dijual di pasaran untuk menyambungkan ke terminal
HDMI TV atau Macintosh dan main semula filem menggunakan cara itu.
Pastikan mengalih data filem ke cakera keras Macintosh anda sebelum mencuba
memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
Penggambaran dengan kad memori SD tanpa wayar Eye-Fi dimuatkan dalam
kamera membolehkan data imej dipindah secara automatik ke komputer melalui LAN
tanpa wayar.
1. Mengkonfigurasi titik capaian LAN, destinasi pindahan dan tetapan lain
untuk kad Eye-Fi mengikut arahan yang disertakan bersama kad Eye-Fi.
2. Setelah mengkonfigurasi tetapan, muatkan kad Eye-Fi ke dalam
kamera dan rakam.
Imej yang anda rakam dihantar melalui LAN tanpa wayar ke komputer anda, dsb.
Untuk butiran penuh, lihat dokumen pengguna yang disertakan bersama kad
Eye-Fi.
Sebelum memformat kad Eye-Fi baru untuk digunakan buat kali pertama, salin
fail pemasangan Eye-Fi dari kad itu ke komputer anda.
Menggunakan Kad Memori SD dengan LAN Terbina Dalam
Memindahkan Imej dengan Kad Eye-Fi (Eye-Fi)