User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
22
Asas Mula Pantas
Kamera anda mempunyai kaki terbina dalam.
Anda boleh menarik keluar kaki dan pastikan kamera
stabil di atas meja atau permukaan lain sementara
skrin monitor disengetkan ke atas 180 darjah.
Apabila menggunakan kamera di atas meja atau
permukaan lain untuk tangkapan berorientasi
landskap (melintang), anda boleh melaraskan sudut
tegak kamera dengan menukar jarak bukaan
kakinya.
Apabila menggunakan kamera di atas meja atau
permukaan lain untuk tangkapan berorientasikan
potret (menegak), tarik keluar bukaan kakinya
sebanyak mungkin agar kamera stabil.
Menarik keluar kakinya tidak sampai habis boleh
menyebabkan kamera tidak stabil dan terjatuh.
Walaupun semasa menggunakan kaki untuk melaraskan sudut tegak kamera
semasa menangkap orientasi landskap (melintang), berhati-hati menarik keluar
kakinya bagi mengelakkan kamera menjadi tidak stabil, lalu menyebabkan ia
terjatuh.
Apabila menggunakan kaki, pastikan lokasi anda meletakkan kamera itu stabil dan
rata.
Harap maklum bahawa bateri kamera yang baru dibeli tidak dicas. Lakukan langkah
di bawah untuk memuat bateri ke dalam kamera dan caskannya.
Kamera anda memerlukan bateri ion litium boleh cas semula (NP-130A atau
NP-130) CASIO untuk kuasa. Jangan cuba menggunakan sebarang jenis bateri
yang lain.
1. Buka penutup bateri.
Menggunakan Kaki
Mula-mula, cas bateri sebelum menggunakan.
Untuk memasang bateri
Kaki