User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
34
Asas Mula Pantas
Imej anda akan kabur jika anda
menggerakkan kamera semasa
anda menekan butang
pengatup. Semasa menekan
butang pengatup, pastikan
kamera dipegang seperti
ditunjukkan dalam ilustrasi, dan
kekalkan kedudukannya dengan
merapatkan lengan anda ke sisi
badan semasa anda
menangkap.
Sambil memastikan kamera
tidak bergerak, perlahan-lahan
tekan butang pengatup dan berhati-hati supaya tidak membuat sebarang pergerakan
semasa pengatup dilepaskan dan beberapa ketika selepas ia dilepaskan. Ini penting
terutamanya apabila pencahayaan rendah, yang melambatkan kelajuan pengatup.
Berhati-hati supaya jari anda dan tali tidak
melindungi mana-mana kawasan yang
ditunjukkan dalam ilustrasi.
Bagi mengelakkan kamera anda terjatuh, pastikan
talinya disangkut di leher, dililitkan di pergelangan
tangan, atau disangkut di bahu.
Jangan ayun kamera menggunakan talinya.
Tali yang disediakan bertujuan untuk digunakan
dengan kamera ini sahaja. Jangan gunakannya
untuk sebarang tujuan lain.
Menangkap imej semasa tetapan “Putaran”
kamera adalah “Hidup” akan menyebabkan imej
main semula diputarkan secara automatik kepada
orientasi kamera berada ketika imej dirakamkan
(halaman 174).
Sentiasa pastikan jari anda tidak menghalang atau
tidak terlalu hampir dengan denyar. Jari-jemari
boleh menyebabkan bayang yang tidak diingini
semasa menggunakan denyar.
Memegang Kamera Dengan Betul
Melintang Menegak
Pegang kamera supaya denyar berada di atas
kanta.
Lampu hadapan
Kanta
Denyar