User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
60
Tutorial Syot Kilat
Penggunaan tripod disarankan untuk mengelak kejadian imej kabur disebabkan
pergerakan kamera semasa menangkap gambar menggunakan telefoto.
Melakukan operasi zum menukar bukaan kanta.
Operasi zum disokong semasa rakaman filem. Operasi zum dinyahdayakan
semasa rakaman filem berkelajuan tinggi. Jika anda ingin menggunakan zum,
lakukan operasi zum sebelum anda menekan [0] (Filem) untuk mula merakam.
Operasi zum tidak disokong semasa merakam dengan ciri berikut. Tetapan zum
ditetapkan pada sudut lebar penuh.
Panorama Slaid, Syot Lebar, Makro Semua Dalam Fokus
. Mengezum dengan Gelang Fungsi (Zum Brtingkat)
Menetapkan fungsi Zum Langkah kepada gelang fungsi membolehkan anda
menjalankan operasi zum (dalam julat zum optik sahaja) dengan gelang fungsi
(halaman 46). Zum Langkah boleh dilaraskan kepada jarak fokus yang ditunjukkan di
bawah.
24, 28, 38, 50, 85, 100, 135, 200, 300
(Unit: mm; setara 35 mm filem)
Untuk pelarasan zum yang lebih halus, gunakan pengawal zum.
Jarak fokus akan ditunjukkan di skrin monitor semasa
Zum Langkah dilaraskan menggunakan gelang fungsi.
Jarak fokus semasa