User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
65
Tutorial Syot Kilat
3. Tekan butang pengatup (jika anda mahu merakam syot kilat) atau [0]
(Filem) (jika anda mahu merakam filem).
Ikon pemasa kendiri mula akan berubah kepada “ ” untuk menunjukkan
kamera dalam mod tunggu sedia untuk merakam.
4. Menghadap kamera, gerakkan tangan atau lakukan pergerakan lain
dalam kawasan ikon (mulakan pemasa kendiri) di skrin monitor.
Apabila kamera mengesan pergerakan berhampiran ikon itu, ia akan menangkap
imej secara automatik.
Untuk memberhentikan rakaman filem, tekan [0] (Filem) sekali lagi.
Dalam kes penangkapan syot kilat, kamera akan kembali kepada tunggu sedia
selepas imej ditangkap. Kamera akan keluar dari mod tunggu sedia secara
automatik selepas 30 syot kilat ditangkap menggunakan Mod Bebas Tangan.
Satu daripada berikut akan mengeluarkan anda daripada mod tunggu sedia secara
automatik: menekan butang pengatup, menukar orientasi senget skrin monitor,
atau menterbalikkan kamera.
Mod Bebas Tangan mungkin tidak beroperasi dengan betul apabila terdapat
perbezaan kecil antara subjek dengan latar belakang ikon, atau apabila subjek
jauh dari kamera.
(ikon pratonton) akan muncul di skrin monitor apabila syot kilat dirakam.
Apabila kamera mengesan pergerakan berhampiran ikon pratonton, ia akan
memaparkan imej yang dirakam selama tiga saat.
•“O Penjejakan” tidak boleh dipilih untuk tetapan kawasan AF semasa merakam
dengan Mod Bebas Tangan. Jika “O Penjejakan” dipilih dalam mod lain, memilih
Mod Bebas Tangan akan menyebabkan tetapan kawasan AF bertukar kepada
U Titik”.
Anda tidak boleh menangkap syot kilat dengan menekan butang pengatup semasa
rakaman filem sedang berlangsung (Syot Kilat dalam Filem).