User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
79
Merakam Filem
Semasa kamera disediakan untuk rakaman Filem Prarakam, menekan butang
pengatup tidak akan menangkap syot kilat kecuali rakaman filem sedang berjalan.
Dengan filem berdefinisi tinggi (FHD) dan standard (STD), anda boleh menangkap
imej pegun semasa rakaman filem masa sebenar berlangsung.
Apabila merakam dengan Filem Prarakam dengan gabungan filem berkelajuan
tinggi, memutar dail kawalan tidak akan mengubah tetapan anjakan EV atau
imbangan putih, walaupun “Anjakan EV” atau “Imbangan Putih” ditetapkan untuk
fungsi “Dail Kawalan” (halaman 107). Untuk mengubah tetapan anjakan EV atau
imbangan putih dalam keadaan ini, gunakan Panel Kawalan.
Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk merakam filem peristiwa sebenar yang
berlaku, untuk melajukan aliran trafik dalam pemandangan bandar, atau untuk
merakam jenis filem lain yang serupa.
Apabila menggunakan fungsi ini, anda disyorkan merakam menggunakan tripod.
Untuk menghalang kehabisan kuasa semasa merakam, gunakan bateri yang dicas
sepenuhnya.
Pastikan kad memori yang anda gunakan mempunyai ruang kosong yang
mencukupi sebelum merakam menggunakan fungsi ini.
Fokus ditetapkan pada apa yang difokuskan semasa rakaman dimulakan.
Untuk sesetengah pemandangan, tetapan kecerahan dan imbangan putih
ditetapkan kepada apa yang ditetapkan semasa rakaman dimulakan.
1. Jajarkan dail mod dengan [F] (Selang Masa).
2. Tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih di Panel Kawalan dan
kemudian tekan [SET].
4. Pilih pemandangan yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET].
5. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih (Tetapan Selang
Masa), dan kemudian tekan [SET].
6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “ Selang” atau Jumlah
Masa”, tekan [6], dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk menukar
tetapan.
Setiap pemandangan dikonfigurasikan dengan tetapan lalai “ Selang” dan
Jumlah Masa” yang unik yang sesuai untuk pemandangan tersebut. Anda
boleh mengubah tetapan ini, jika anda mahu.
Merakam Filem Selang Masa (Selang Masa)
Selang Menetapkan bilangan saat antara syot.
Jumlah Masa
Menetapkan masa rakaman. Memilih “Mati” menyebabkan
rakaman diteruskan sehingga butang pengatup ditekan
sekali lagi.