User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
81
Merakam Filem
Apabila menggunakan “» Seni HDR” untuk rakaman filem, keamatan kesan seni
ditetapkan mengikut tetapan filem.
Anda tidak boleh menangkap syot kilat dengan menekan butang pengatup semasa
rakaman selang masa sedang berlangsung (Syot Kilat dalam Filem).
Operasi tetapan semula (halaman 180) mengembalikan “Selang” dan “Jumlah
Masa” kepada tetapan lalai awalnya. Setiap pemandangan Selang Masa
mempunyai tetapan “Selang” dan “Jumlah Masa” uniknya sendiri.
Untuk melaraskan kecerahan semasa merakam dengan Selang Masa
» Pemandangan Malam”, gunakan “
” (Kljuan Pngtup) di Panel Kawalan
(halaman 45) bagi melaraskan kelajuan pengatup.
. Menggunakan Skrin Maklumat Pemandangan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemandangan,
pilih pemandangan itu menggunakan sempadan pada menu
pemandangan, dan kemudian putar pengawal zum ke
mana-mana arah.
Untuk kembali ke menu pemandangan, putar pengawal
zum semula.
Untuk menatal antara pemandangan, gunakan [4] dan
[6].
Untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi pemandangan yang sedang
dipilih, tekan [SET].