User manual - EXZR1500_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
92
Menggunakan BEST SHOT
AF CS merakam sehingga 30 imej CS sambil memfokus subjek. Ciri ini amat berguna
apabila merakam kanak-kanak dan subjek lain yang bergerak laju. Kelajuan CS
dilaraskan secara automatik mengikut keadaan rakaman dalam julat tiga hingga
enam bingkai per saat.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “AF-CS” (halaman 83).
2. Tekan butang pengatup sepenuhnya.
Tekan dan tahan butang pengatup bagi merakam sehingga 30 imej pada
kelajuan tinggi.
Zum dinyahdayakan semasa operasi pengatup berterusan.
Saiz imej berikut tidak boleh dipilih semasa merakam dengan Fokus Auto CS: 3:2,
16:9. Jika anda memilih AF-CS semasa satu daripada saiz imej ini dipilih, kamera
akan menukar tetapan saiz imej kepada 16 M secara automatik.
Ciri kamera berikut tidak boleh digunakan semasa merakam dengan Fokus Auto
CS: Bebas tangan, Pemasa Kendiri Tigaan, Zum SR Tunggal.
Tetapan dalam jadual di bawah adalah tetap apabila merakam dengan AF-CS.
Menggunakan Pengatup Berterusan dengan Fokus Auto
(AF-CS)
Kualiti Imej Normal
Denyar Denyar Mati
Mod Fokus AF
Kws AF Titik