MS Kamera Digital Panduan Pengguna Terima kasih kerana membeli produk CASIO ini. • Sebelum menggunakannya, pastikan anda membaca peringatan yang terkandung dalam Panduan Pengguna ini. • Simpan Panduan Pengguna ini di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan. • Untuk maklumat terkini mengenai produk ini, lawati Laman Web rasmi EXILIM di http://www.exilim.
Aksesori Semasa anda membuka bungkusan kamera anda, periksa untuk memastikan semua aksesori di bawah disertakan. Jika ada apa-apa yang hilang, hubungi peruncit asal anda. Bateri ion litium boleh cas semula (NP-130A) Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Kord kuasa* Kabel USB Mikro Tali sandang Rujukan Asas * Bentuk plug kord kuasa berbeza mengikut negara atau kawasan geografi di mana kamera dijual.
Memasang Tali Sandang pada Kamera 1. 3. Leraikan tali daripada kancing dan tanggalkan gelung tali. Kancing 2. Masukkan hujung tali menerusi gelang gelung tali dan kemaskan dengan kancing. Pasang gelung pada hujung satu lagi tali kepada lubang tali di salah satu sisi kamera, dan gelung yang anda keluarkan ke sisi yang lain. Lubang tali Gelang . Melaraskan Panjang Tali Anda boleh laraskan panjang tali supaya ia boleh digunakan sebagai tali sandang atau tali galas. 1.
Baca ini dahulu! • Kandungan manual ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. • Kandungan manual ini telah diperiksa pada setiap langkah proses pengeluaran. Sila hubungi kami jika anda menyedari sesuatu yang meragukan, salah dsb. • Sebarang penyalinan kandungan Panduan Pengguna ini, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah dilarang. Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, sebarang penggunaan lain kandungan manual ini tanpa kebenaran CASIO COMPUTER CO., LTD.
Kandungan Aksesori . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2 Memasang Tali Sandang pada Kamera . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 3 Baca ini dahulu! . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 4 Panduan Umum 11 Kandungan Skrin Monitor dan Cara Menukarnya 13 Asas Mula Pantas 17 Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda . . . .
Merakam dengan CS Berkelajuan Tinggi . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 60 Merakam dengan CS Prarakam . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 61 Menggunakan Pengatup Berterusan dengan Fokus Auto (AF CS) . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 63 Mencetuskan Operasi Pemasa Kendiri dengan Gerakan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Pengatup Gerakan) .
Tetapan Lanjutan (REC MENU) 101 Menggunakan Skrin Menu untuk Mengkonfigurasi Tetapan Rakaman . . . . . 101 Merakam Letusan Imej . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (CS) . . 102 Mencetuskan Operasi Pemasa kendiri dengan Gerakan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .(Pengatup Gerakan) . . 102 Menetapkan Fungsi Rakaman untuk Butang Pengatup Hadapan . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Melihat Syot kilat dan Filem 120 Melihat Syot Kilat . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Melihat Filem . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Melihat Imej Panorama . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Melihat Imej Pengatup Berterusan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 120 120 121 122 Memadam Imej CS . . . . .
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar (Sambungan Tanpa Wayar) 143 Mengawal Kamera Anda dengan Telefon Pintar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 143 Menggunakan Mod Tanpa Wayar . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 145 Bersedia untuk Mewujudkan Sambungan antara Telefon Pintar dan Kamera Anda . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 147 Memasang Aplikasi EXILIM Connect pada Telefon Pintar Anda . . . . . . . . . .
Tetapan Lain (SETTING) 172 Menggunakan Skrin Menu untuk Mengkonfigurasikan Tetapan Lain . . . . . . 172 Mendayakan Penjimatan Kuasa . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Mod EKO) . . Melaras Kecerahan Skrin Monitor . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .(Skrin) . . Mengkonfigurasi Tetapan Bunyi Kamera . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . (Bunyi) . . Mencipta Folder Simpanan Imej . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Panduan Umum Nombor yang ditunjukkan dalam kurungan menunjukkan halaman yang menerangkan setiap item.
Bawah Slot bateri/kad memori (halaman 21, 29) Penutup bateri Pembesar suara Lubang tripod cq cp co cn Gunakan lubang ini apabila memasang tripod. . Dail Kawalan Dengan dail kawalan, anda boleh melakukan operasi dengan menekan bahagian tepi dail ([8], [2], [4], [6]), dan dengan memutar dail. • Bergantung pada fungsi, sesetengah operasi tidak boleh dijalankan menggunakan dail kawalan.
Kandungan Skrin Monitor dan Cara Menukarnya Skrin monitor menggunakan pelbagai penunjuk, ikon dan nilai untuk memastikan anda mengetahui status kamera. • Contoh skrin pada bahagian ini bertujuan menunjukkan anda lokasi semua penunjuk dan rajah yang mungkin muncul pada skrin monitor dalam pelbagai mod. Ia tidak mewakili skrin yang sebenarnya muncul pada kamera. .
. Rakaman Syot Kilat (Tangkapan Letus) 1 234 8 7 5 Pengatup berterusan (halaman 60) Mod rakaman (halaman 41) Baki kapasiti memori syot kilat (halaman 218) Masa CS dibenarkan*/bilangan imej CS (halaman 60) * Ia tidak dipaparkan semasa merakam dengan CS Prarakam. Baki kapasiti memori filem (halaman 219) Pengatup berterusan (halaman 60) Syot CS prarakam (halaman 61) Syot CS maksimum (halaman 60) 6 .
. Melihat Syot Kilat 1234 cl ck bt bs br bq bp bobn bm bl bk Jenis fail Penunjuk lindung (halaman 137) Saiz imej syot kilat (halaman 111) Nama folder - nama fail (halaman 169) Kualiti imej syot kilat (halaman 112) Mod rakaman (halaman 41) Histogram (halaman 117) 5 Fungsi butang pengatup hadapan 6 (halaman 128) Status komunikasi Bluetooth (halaman 148)/ 7 Mod pesawat (halaman 153) 8 Tarikh/masa (halaman 179) 9 Hantaran Auto (halaman 154) Status komunikasi LAN tanpa wayar (halaman 1
. Mengkonfigurasi Tetapan Skrin Monitor Setiap tekanan [8] (DISP) akan berpusing melalui tetapan paparan yang memaparkan atau menyembunyikan maklumat di skrin. Anda boleh mengkonfigurasi tetapan berasingan untuk mod RKM dan mod MAIN. [8] (DISP) Mod RKM Maklumat hidup Memaparkan maklumat tetapan. Maklumat mati Menyembunyikan maklumat tetapan. Mod MAIN Maklumat hidup Memaparkan tetapan apabila merakam dan histogram (halaman 117). Maklumat mati Tiada maklumat dipaparkan semasa menangkap gambar.
Asas Mula Pantas Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda Kamera CASIO anda penuh dengan pilihan ciri dan fungsi berkuasa untuk memudahkan rakaman imej digital, termasuk fungsi utama berikut. 180 darjah 90 darjah Skrin Monitor Boleh Senget Skrin monitor kamera boleh disengetkan ke atas sehingga 180 darjah. Ini memudahkan anda menggubah potret sendiri dan menangkap dari sudut rendah. *Lihat halaman 19 untuk maklumat lanjut.
PRO Auto Premium Pilih rakaman PRO Auto Premium dan kamera akan menentukan secara automatik sama ada anda sedang merakam suatu subjek atau pemandangan dan keadaan lain. PRO Auto Premium memberikan kualiti imej yang lebih baik berbanding Auto standard. *Lihat halaman 33 untuk maklumat lanjut. Filem Berkelajuan Tinggi Filem boleh dirakam pada kelajuan sehingga 1000 bingkai per saat. Ini membolehkan anda melihat fenomena yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia, dengan jelas dalam gerakan perlahan.
Menyengetkan Skrin Monitor Skrin monitor boleh disengetkan ke atas sehingga 180 darjah. Ini bermaksud anda boleh mengatur kedudukan skrin monitor agar ia menghadap arah yang sama dengan kanta, agar mudah untuk menggubah potret sendiri. Anda juga boleh menyengetkan skrin monitor ke atas 90 darjah, yang bermaksud anda boleh menangkap dari sudut rendah dengan mudah tanpa perlu memanjangkan leher anda untuk melihat skrin monitor. 180 darjah 90 darjah . Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera...
. Menyengetkan Skrin Monitor Seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah, tarik ke atas pada bawah tengah skrin monitor di titik . Sengetkan lagi dan ia akan menyenget ke atas sehingga 180 darjah. • Jangan tarik ke bawah dari bahagian atas skrin monitor. Pastikan anda menarik ke atas dari bahagian bawah skrin monitor seperti yang ditunjukkan dalam rajah. OK NG A • Dalam tetapan lalai kilang, kamera akan hidup secara automatik apabila skrin monitor disengetkan.
Mula-mula, cas bateri sebelum menggunakan. Harap maklum bahawa bateri kamera yang baru dibeli tidak dicas. Lakukan langkah di bawah untuk memuat bateri ke dalam kamera dan caskannya. • Kamera anda memerlukan bateri ion litium boleh cas semula (NP-130A) CASIO untuk kuasa. Jangan cuba menggunakan sebarang jenis bateri yang lain. Untuk memasang bateri 1. Buka penutup bateri. Penutup bateri 2. Muatkan bateri.
Untuk menggantikan bateri 1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera dan kemudian buka penutup bateri. 2. Keluarkan bateri lama dan pasang bateri baharu. 3. Tutup penutup bateri. Penahan • Lampu belakang (halaman 11) akan bernyala hijau buat seketika selepas anda menekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera. Jangan buka penutup bateri semasa lampu belakang berkelip hijau. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan atau kehilangan data dalam memori kamera.
Operasi Lampu Belakang Status Lampu Lampu belakang Penerangan Menyala Merah Mengecas Berkelip Merah Suhu sekeliling tak normal, masalah penyesuai USB-AC atau masalah bateri (halaman 203) Mati Pengecasan selesai • Bateri yang sudah lama tidak digunakan dan/atau suhu persekitaran boleh menyebabkan pengecasan bateri mengambil masa lebih lama. Keadaan ini juga mungkin menyebabkan lampu belakang berkelip merah. Jika ini berlaku, rujuk halaman 203.
. Untuk mengecas menggunakan sambungan USB pada komputer Sambungan USB membolehkan anda mengecas bateri ketika ia dimuatkan dalam kamera. Ketika kamera dimatikan, sambungkan mengikut urutan yang ditunjukkan di bawah (, ). Komputer (kuasa dihidupkan) Port [USB] Port USB USB 2 1 Kabel USB Mikro (disertakan bersama kamera) Tanda u penyambung kecil (USB mikro) menghadap bahagian skrin monitor kamera.
• Anda tidak boleh menggunakan kamera untuk merakam imej ketika ia dicas melalui sambungan USB kamera. Jika anda mahu merakam dengan kamera, putuskan sambungan kabel USB. • Jika anda hidupkan kamera semasa mengecas menggunakan sambungan USB kepada komputer, kamera akan mewujudkan sambungan USB dengan komputer. Walaupun pengecasan normal biasanya diteruskan pada masa ini, jenis komputer atau persekitaran sambungan tertentu mungkin berhenti mengecas jika kuasa bekalan rendah.
Memeriksa Baki Kuasa Bateri Semasa kuasa bateri digunakan, penunjuk bateri pada skrin monitor menunjukkan baki kuasa seperti ditunjukkan di bawah. Baki Kuasa Tinggi Warna Penunjuk Rendah * Penunjuk Bateri Putih * Putih * * * Merah * Merah menunjukkan kuasa bateri rendah. Cas bateri secepat mungkin. Rakaman tidak boleh dilakukan apabila ditunjukkan. Cas bateri segera. • Tahap yang ditunjukkan oleh penunjuk bateri mungkin bertukar apabila anda bertukar antara mod RKM dengan mod MAIN.
1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih bahasa yang anda mahu dan kemudian tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih gaya tarikh dan kemudian tekan [SET]. [ON/OFF] (Kuasa) Contoh: Julai, 10, 2016 TT/BB/HH * 16/7/10 HH/BB/TT * 10/7/16 BB/HH/TT * 7/10/16 4. Tetapkan tarikh dan masa. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tetapan yang anda mahu tukar dan kemudian guna [8] dan [2] untuk menukarnya.
Menyediakan Kad Memori Walaupun kamera mempunyai memori terbina dalam, kapasitinya kecil. Untuk merakam imej yang banyak atau filem yang panjang, anda perlu menggunakan kad memori yang tersedia secara komersil. Apabila tiada kad memori dimuatkan, imej disimpan dalam memori terbina dalam. • Untuk maklumat mengenai kapasiti kad memori, lihat halaman 218. Kad Memori yang Disokong Kamera anda menyokong penggunaan jenis kad memori SD yang berikut.
Untuk memuat kad memori 1. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera dan kemudian buka penutup bateri. 2. Muatkan kad memori. Letakkan kad memori supaya bahagian belakangnya menghadap ke atas (ke arah sisi skrin monitor kamera), tolaknya masuk ke dalam slot kad sehingga anda mendengar ia klik dengan selamat di tempatnya. Belakang Depan 3. Belakang Tutup penutup bateri. • Jangan masukkan sebarang benda selain kad memori yang disokong (halaman 28) ke dalam slot kad memori.
Untuk menggantikan kad memori Tekan kad memori dan kemudian lepaskannya. Ini akan menyebabkan kad tertonjol sedikit daripada slot kad memori. Tarik kad keluar dan kemudian masukkan yang lain. Lampu belakang • Matikan kamera sebelum menggantikan kad memori. • Lampu belakang (halaman 11) akan bernyala hijau buat seketika selepas anda menekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk mematikan kamera. Jangan keluarkan kad memori semasa lampu belakang berkelip hijau.
Menghidupkan dan Mematikan Kamera . Untuk menghidupkan kuasa Untuk menghidupkan kuasa dan memasuki mod RKM Tekan [ON/OFF] (Kuasa). • Lampu belakang akan berwarna hijau seketika dan kanta akan mengunjur keluar dari kamera (halaman 33). • Menekan [p] (MAIN) semasa dalam mod RKM akan memasuki mod MAIN. Untuk menghidupkan kuasa dan memasuki mod MAIN Tekan [p] (MAIN). • Lampu belakang akan berwarna hijau seketika dan imej yang disimpan dalam memori kamera akan muncul pada skrin monitor (halaman 37).
Memegang Kamera Dengan Betul • Imej anda akan kabur jika Melintang Menegak anda menggerakkan kamera semasa anda menekan butang pengatup. Pegang kamera dan letakkan ia pada kedudukan yang betul seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi, dengan merapatkan lengan anda ke sisi badan anda. Pegang kamera supaya denyar berada di atas • Sambil memastikan kamera kanta.
Untuk menangkap syot kilat Memilih PRO Auto Premium Mod Rakaman Paparan Ikon Skrin RKM Ÿ PRO Auto Premium 1. Penerangan Konfigurasikan tetapan optimum untuk menyesuaikan persekitaran rakaman dan melakukan pemprosesan imej berkelajuan tinggi untuk imej yang lebih cantik. Apabila merakam melawan lampu belakang, pada waktu malam, dengan zum dan di bawah keadaan sukar yang lain, kamera akan merakam secara automatik letusan imej dan menggabungkannya menjadi imej akhir.
Untuk menangkap syot kilat 1. Halakan kamera pada subjek. Kamera akan menentukan secara automatik di mana kawasan fokus yang sepatutnya dan memaparkan bingkai fokus sewajarnya. • Jika anda menggunakan PRO Auto Premium, teks akan muncul di bahagian bawah skrin monitor menerangkan jenis tangkapan yang dikesan oleh kamera. • Anda boleh mengezum imej, jika anda mahu. Muncul apabila kamera mengesan ia pegun di atas tripod.
3. Sambil memastikan kamera tidak bergerak, tekan butang pengatup sepenuhnya. Tekan penuh Ini akan merakam syot kilat. Tangkap (Imej dirakamkan.) Membuat Rakaman Filem [0] (Filem) Tekan [0] (Filem) untuk memulakan rakaman filem. Tekan [0] (Filem) untuk memberhentikan rakaman filem. Lihat halaman berikut untuk butiran. Filem standard (filem STD): halaman 73 Filem berdefinisi tinggi (filem FHD): halaman 73 Filem berkelajuan tinggi (filem HS): halaman 77 . Jika imej tidak berada dalam fokus...
. Merakam dengan PRO Auto Premium • Sesetengah item menu tidak tersedia semasa PRO Auto Premium sedang digunakan (halaman 101). Hanya item menu yang tetapannya boleh dikonfigurasikan akan dipaparkan pada menu semasa PRO Auto Premium sedang digunakan. • Kelajuan Pengatup, apertur, kepekaan ISO dan fungsi di bawah dioptimumkan oleh PRO Auto Premium.
Melihat Syot Kilat Gunakan prosedur berikut untuk melihat syot kilat pada skrin monitor kamera. • Untuk maklumat mengenai cara main semula filem, lihat halaman 120. • Untuk maklumat tentang imej yang dirakam menggunakan pengatup berterusan (CS), lihat halaman 122. 1. Hidupkan kamera dan tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN. • Ini menyebabkan satu imej muncul pada skrin monitor. • Maklumat mengenai syot kilat yang dipaparkan turut disertakan (halaman 15).
Memadam Syot Kilat dan Filem Jika memori telah penuh, anda boleh memadam tangkapan gambar dan filem yang tidak lagi anda perlukan untuk membebaskan storan dan merakam lebih banyak imej. • Ingat bahawa operasi padam fail (imej) tidak boleh dibuat asal. • Untuk maklumat tentang imej yang dirakam menggunakan pengatup berterusan (CS), lihat halaman 123. • Anda boleh melindungi imej daripada dipadam secara tidak sengaja, jika anda mahu (halaman 177). . Untuk memadam satu fail 1.
4. Ulang langkah 3 untuk memilih fail lain, jika anda mahu. Setelah anda selesai memilih fail, tekan [MENU]. 5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Ya” dan kemudian tekan [SET]. • Ini memadam fail yang anda pilih. • Untuk membatalkan operasi pemadaman, pilih “Tidak” dalam langkah 5 dan tekan [SET]. . Untuk memadam semua fail 1. Tekan [p] (MAIN) untuk memasuki mod MAIN dan kemudian tekan [2] ( ). 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam Semua Fail” dan kemudian tekan [SET]. 3.
• Proses pengurangan hingar dilakukan apabila kepekaan ISO ditetapkan pada nilai tinggi. Ini menyebabkan kamera mengambil masa lebih lama untuk merakam imej seterusnya selepas anda menekan butang pengatup. Jangan lakukan sebarang operasi kekunci lain semasa operasi merakam imej sedang dilakukan. • Oleh sebab ciri elemen pengimejan yang digunakan kamera, objek yang bergerak laju dalam imej mungkin kelihatan terherot. . Pembatasan Fokus Auto • Satu daripada berikut boleh memustahilkan fokus yang tepat.
Tutorial Syot Kilat Memilih Mod Rakaman Kamera anda mempunyai pelbagai mod rakaman yang berlainan. Sebelum merakam imej, putarkan dail mod untuk memilih mod rakaman yang sesuai dengan jenis imej yang anda cuba rakamkan. Dail mod P Auto Program Mod Rakaman Auto Standard. Ini adalah mod yang biasanya anda patut gunakan. Ÿ PRO Auto Premium Dengan rakaman PRO Auto Premium, kamera akan menentukan secara automatik sama ada anda sedang merakam suatu subjek atau pemandangan dan keadaan lain.
M Mod M (Pendedahan Manual) Mod ini memberi anda kawalan penuh kepada tetapan apertur dan kelajuan pengatup. Tekan [SET] untuk membuka Panel Kawalan (halaman 43). Gunakan [8] dan [2] untuk memilih (Apertur) dan kemudian tekan [SET]. Gunakan [8] dan [2] untuk menukar tetapan apertur, dan kemudian tekan [4]. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih (Kljuan Pngtup) dan kemudian tekan [SET]. Gunakan [8] dan [2] untuk menukar tetapan kelajuan pengatup, dan kemudian tekan [SET].
Menggunakan Panel Kawalan untuk Mengkonfigurasi Tetapan Kamera Panel Kawalan boleh digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan kamera. 1. Dalam mod RKM, tekan [SET]. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item tetapan yang anda mahu ubah dan kemudian tekan [SET] atau [6]. Ini akan memilih satu daripada ikon Panel Kawalan dan memaparkan tetapannya.
Menggunakan Pemasa Kendiri (Pemasa Kendiri) Dengan Pemasa Kendiri, menekan butang pengatup memulakan pemasa. Pengatup dilepaskan dan imej ditangkap selepas tempoh masa yang ditetapkan. 1. Pilih 2. Pilih tetapan yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET]. (Pemasa kendiri) opsyen Panel Kawalan.
• Pemasa Sendiri tidak boleh digunakan bersama ciri berikut. CS Berkelajuan Tinggi dengan CS Prarakam, Prarakam (Filem), Panorama Slaid, Syot Lebar, Syot Tigaan • Pemasa Kendiri Tigaan tidak boleh digunakan bersama ciri berikut. Filem, Selang Masa, Kelajuan Tinggi CS, Zum MultiSR, Syot Malam HS, Latar Belakang Kabur, Makro Semua Dalam Fokus, Syot Selang • Pengatup Gerakan (halaman 64) boleh digunakan hanya hanya semasa tetapan pemasa kendiri Panel Kawalan ialah “Mati”.
Tetapan · WB Manual Paparan Ikon Skrin RKM Penerangan Untuk mengkonfigurasi kamera secara manual supaya sesuai dengan sumber lampu tertentu Pilih “WB Manual”. Kertas putih kosong Di bawah keadaan pencahayaan yang anda bercadang gunakan semasa penggambaran, halakan kamera pada sekeping kertas putih kosong supaya ia memenuhi seluruh skrin monitor dan kemudian tekan butang pengatup. Tekan [SET]. Tetapan imbangan putih dikekalkan walaupun anda mematikan kamera.
Memilih Mod Fokus (Fokus) • Auto Fokus ialah satu-satunya mod fokus yang tersedia semasa Mekap (halaman 50) atau Pengecaman Muka (halaman 108) didayakan. Untuk memilih mod fokus lain, mula-mula matikan Mekap dan Pengecaman Muka. 1. Pilih 2. Pilih tetapan yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET]. Tetapan Q AF (Fokus Auto) (Fokus) opsyen Panel Kawalan.
• Ciri Auto Makro mengesan jarak subjek dari lensa dan secara automatik memilih Fokus Makro atau Auto Fokus mengikut kesesuaian. • Penggunaan denyar bersama Fokus Makro boleh menyebabkan cahaya denyar terhalang, yang boleh menyebabkan bayang kanta yang tidak diingini dalam imej anda. • Apabila anda melakukan operasi zum optik semasa penggambaran dengan Fokus Auto, Fokus Makro atau Fokus Manual, satu nilai akan muncul pada skrin monitor untuk memberitahu anda jarak fokus, seperti ditunjukkan di bawah.
Menentukan Kepekaan ISO (ISO) Kepekaan ISO ialah ukuran kepekaan pada cahaya. 1. Pilih 2. Pilih tetapan yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET]. (Kepekaan ISO) opsyen Panel Kawalan. Paparan Tetapan Ikon Skrin RKM Penerangan Auto Laras pemekaan secara automatik mengikut keadaan. ISO80 Tiada Kepekaan lebih rendah Kelajuan pengatup perlahan Kepekaan lebih tinggi Kelajuan pengatup pantas (Ditetapkan untuk menangkap gambar dalam kawasan bercahaya malap.
Merakam Potret Indah (Mekap) Mekap membolehkan pelarasan rona tona kulit dan tekstur kulit manusia, dan mengurangkan bayangan wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari terang untuk potret yang lebih cantik. Mekap boleh digunakan dengan mod rakaman yang disenaraikan di bawah. • Auto Program • PRO Auto Premium • Beberapa pemandangan BEST SHOT • Mekap BKT 1. Pilih 2. Pilih tetapan yang anda mahu dan kemudian ubah nilai tetapan. (Mekap) opsyen Panel Kawalan.
Memperbetulkan Kecerahan Imej (Pendedahan) Anda boleh melaraskan secara manual nilai pendedahan imej (nilai EV) sebelum anda merakam gambar. • Julat Keamatan Pendedahan: –2.0 EV hingga +2.0 EV • Unit: 1/3 EV 1. Pilih 2. Laraskan nilai keamatan pendedahan. (Pendedahan) opsyen Panel Kawalan. • Anda juga boleh melaksanakan operasi ini menggunakan gelang fungsi. [8], mengikut arah jam: Meningkatkan nilai EV.
Menggunakan Denyar (Denyar) 1. Dalam mod RKM, tekan [2] ( sekali. ) Denyar [2] ( 2. Pilih tetapan denyar yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET]. Tetapan > Denyar Auto 3. ) Paparan Ikon Penerangan Skrin RKM Tiada Denyar nyala secara automatik mengikut keadaan pendedahan (jumlah cahaya dan kecerahan). ? Denyar Mati Denyar tidak nyala. < Denyar Hidup Denyar sentiasa nyala.
• Bahan asing pada tetingkap denyar boleh bertindak balas dengan cahaya denyar, menghasilkan sedikit asap dan bau yang tidak normal. Sungguhpun ini tidak menandakan berlaku kerosakan, minyak daripada jari anda dan bahan asing lain yang tertinggal pada tetingkap denyar boleh menjadi sukar untuk dibersihkan kemudian. Oleh sebab itu, anda perlu menjadikannya satu kebiasaan untuk sentiasa mengelap bersih tetingkap menggunakan kain lembut yang kering.
Menentukan Mod Permeteran (Permeteran) Mod permeteran menentukan bahagian mana subjek yang dimeterkan untuk pendedahan. 1. Pilih 2. Pilih tetapan yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET]. (Permeteran) opsyen Panel Kawalan. Tetapan B Multi Paparan Ikon Penerangan Skrin RKM Tiada Permeteran berbilang corak membahagikan imej kepada beberapa bahagian dan mengukur cahaya dalam setiap bahagian untuk pembacaan pendedahan yang seimbang.
Menangkap Gambar dengan Zum Kamera anda menyokong operasi zum yang diterangkan di bawah. Zum optik Pengezuman dilakukan dengan menukar jarak fokus kanta, oleh itu tiada kemerosotan kualiti imej. Zum HD Membenarkan keupayaan zum yang lebih hebat dengan memotong sebahagian daripada imej asal dan membesarkannya, tanpa menjejaskan kualiti imej. Zum SR Tunggal Menggunakan teknologi resolusi tinggi untuk menyekat kemerosotan imej (halaman 58).
. Mengezum dengan Gelang Fungsi (Zum Brtingkat) Menetapkan fungsi Zum Langkah kepada gelang fungsi membolehkan anda menjalankan operasi zum (dalam julat zum optik sahaja) dengan gelang fungsi (halaman 103). Zum Langkah boleh dilaraskan kepada jarak fokus yang ditunjukkan di bawah. 25, 28, 35, 50, 80, 105, 140, 192, 300 (Unit: mm; setara 35 mm filem) Untuk pelarasan zum yang lebih halus, gunakan pengawal zum.
. Mentafsir Bar Zum Semasa operasi zum, bar zum muncul pada skrin monitor menunjukkan tetapan zum semasa. Julat di mana kemerosotan imej dikurangkan. Julat imej merosot Sudur Lebar Telefoto Penunjuk zum (Menandakan zum semasa.) Titik batas zum optik Titik dari mana imej merosot • Lokasi titik ini bergantung pada saiz imej, tetapan “Zum (SR)”, dan sama ada Zum Berbilang SR didayakan atau tidak. .
Mengezum dengan Resolusi Super (Zum (SR)) Terdapat dua jenis Zum Resolusi Super: Zum SR Tunggal dan Zum Berbilang SR. Zum SR Tunggal menggunakan resolusi super bagi menambah julat zum dan kemerosokan kualiti imej diminimumkan. Bahagian ini menjelaskan cara untuk mengkonfigurasi tetapan Zum SR Tunggal. Untuk maklumat tentang Zum Berbilang SR, lihat halaman 59. • Untuk maklumat tentang julat faktor zum iaitu Zum SR berkesan, lihat halaman 57. 1. Tekan [MENU]. 2.
Meluaskan Julat Zum tanpa Kehilangan Resolusi Imej dan Kualiti (Zum Berbilang SR) Zum Berbilang SR merakam letusan imej CS Kelajuan Tinggi, yang kemudiannya digabungkan menjadi satu imej akhir. Ini membolehkan rakaman pada nisbah zum lebih tinggi tanpa kehilangan kualiti imej. 1. Jajarkan dail mod dengan [j] (Zum MultiSR). • Zum Berbilang SR berkesan apabila anda mahu menangkap tekstur halus. • Fungsi berikut dinyahdayakan apabila menangkap dengan Zum Berbilang SR.
Merakam Letusan Imej (CS) Merakam dengan CS Berkelajuan Tinggi Dengan CS Berkelajuan Tinggi, rakaman berterusan selagi anda menekan butang pengatup. Jadual di bawah menunjukkan tetapan yang boleh ditetapkan untuk kelajuan CS dan bilangan imej per operasi CS Berkelajuan Tinggi. Kelajuan CS (Kelajuan Tinggi CS fps) 3 fps, 5 fps, 10 fps, 15 fps, 30 fps fps = bingkai per saat Syot CS maksimum 5, 10, 20, 30 Kelajuan CS Syot CS maksimum 1. Jajarkan dail mod dengan [P] (Auto Program). 2. Tekan [MENU].
9. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih pilihan Panel Kawalan CS maksimum) dan kemudian tekan [SET]. 10. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih bilangan maksimum syot dan kemudian tekan [SET]. 11. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan tahan. (Syot Perakaman imej akan berterusan selagi anda menekan butang pengatup atau sehingga bilangan maksimum imej yang ditetapkan oleh “Kelajuan Tinggi CS fps” dicapai.
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih bilangan imej Prarakam (Pegun) dan kemudian tekan [SET]. • Tetapan: 0 syot, 3 syot, 5 syot, 10 syot, 15 syot, 20 syot, 25 syot • Jika anda memilih “0 syot”, imej prarakam tidak disimpan apabila anda menekan separuh butang pengatup. 4. Tekan separuh dan tahan butang pengatup untuk memulakan prarakaman. Penimbal prarakam terus dikemas kini dengan imej selagi butang pengatup ditekan. • Kamera tidak akan mengeluarkan bunyi pengatup semasa ia memprarakam imej.
Menggunakan Pengatup Berterusan dengan Fokus Auto (AF CS) AF CS merakam sehingga 30 imej CS sambil memfokus subjek. Ciri ini amat berguna apabila merakam kanak-kanak dan subjek lain yang bergerak laju. Kelajuan CS dilaraskan secara automatik mengikut keadaan rakaman dalam julat tiga hingga enam bingkai per saat. 1. Jajarkan dail mod dengan [P] (Auto Program). 2. Tekan [MENU]. 3. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”, dan kemudian tekan [6]. 4.
Mencetuskan Operasi Pemasa Kendiri dengan Gerakan (Pengatup Gerakan) Dengan ciri ini, kamera mencetuskan kiraan pemasa kendiri secara automatik apabila ia mengesan pergerakan di sekitar ikon di skrin monitor. Ini bermakna, anda boleh mengawal operasi pemasa kendiri dari jauh dengan melambai tangan anda, supaya anda masuk dalam imej yang dirakam. 1. Pilih satu daripada mod rakaman yang berikut: Auto Program atau PRO Auto Premium, atau Mekap. 2. Tekan [MENU]. 3.
• Selepas merakam syot kilat, kamera akan kembali kepada tunggu sedia. Manamana yang berikut akan membatalkan operasi Pengatup Gerakan. – Merakam 30 syot kilat Pengatup Gerakan – Menekan butang pengatup semasa tunggu sedia – Menyengetkan skrin monitor – Memutarkan kamera • Pengatup Pergerakan mungkin tidak beroperasi dengan betul apabila terdapat perbezaan kecil antara subjek dengan latar belakang ikon, atau apabila subjek jauh dari kamera.
Mengkonfigurasi Tetapan Pengatup Gerakan (Pengatup Gerakan) Gunakan prosedur di bawah bagi mengkonfigurasikan tetapan Pengatup Gerakan. 1. Dalam mod RKM, tekan [MENU]. 2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”, dan kemudian tekan [6]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pengatup Gerakan” dan kemudian tekan [6]. 4. Konfigurasikan tetapan Pengatup Gerakan. Tetapan Penerangan Tetapan Gerakan Tentukan operasi pengaktifan Pengatup Gerakan.
Menangkap gambar dengan Kesan Artistik (Art Shot) Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian biasa tampak lebih baru dan jadi lebih menarik. Pemandangan Penerangan Seni HDR Menggunakan HDR (Julat Dinamik Tinggi, halaman 92) untuk menukar imej biasa kepada hasil karya seni. Kamera Mainan Pinggir gelap dan rona diubah membuat gambar nampak seperti ditangkap oleh kamera mainan. Fokus Lembut Pengaburan keseluruhan bagi kesan romantis dan lembut.
5. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih pilihan Panel Kawalan kelima dari atas, dan kemudian tekan [SET]. Keamatan kesan yang dipilih boleh dilaraskan seperti yang diterangkan di bawah.
• Bergantung pada pemandangan “Art Shot”, beberapa item dalam menu yang muncul mungkin tidak boleh digunakan. • Tetapan denyar secara automatik menjadi ? (Denyar Mati). • Rakaman filem dinyahdayakan semasa “Syot Berkilau” atau “Kumpulan Art Shot” dipilih. • Selepas merakam imej dengan “Kumpulan Art Shot”, anda tidak boleh merakam imej lain sehingga penyimpanan imej terdahuhu selesai. • Dengan Filem Seni HDR, tetapan “Kualiti Filem” hanya boleh ditetapkan kepada “HD” atau “STD” sahaja (halaman 113).
Merakam Berbilang Imej Dalam Tempoh Masa Yang Ditetapkan (Syot Selang) Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk merakam satu siri imej dalam tempoh masa yang ditetapkan (Syot Selang). Fungsi ini berguna apabila merakam pergerakan bintang, bunga yang sedang berkembang, dsb. • Apabila menggunakan fungsi ini, anda disyorkan merakam menggunakan tripod. • Untuk menghalang kehabisan kuasa semasa merakam, gunakan bateri yang dicas sepenuhnya.
• Skrin monitor kosong apabila operasi selang masa sedang berlangsung. Lampu belakang kamera akan dinyalakan untuk menunjukkan rakaman sedang berlangsung. Melakukan sesuatu operasi kamera semasa skrin monitor kosong akan menyebabkan kandungan skrin muncul. Sila ambil perhatian, walau bagaimanapun, menukarkan tetapan dail mod akan menyebabkan operasi Syot Selang Masa berhenti.
Merakam dengan Syot Tigaan Syot Tigaan menangkap letusan tiga imej dan menyimpannya dalam memori. Ciri ini sangat sesuai untuk memastikan anda tidak terlepas saat-saat indah semasa dikelilingi kanak-kanak. 1. Jajarkan dail mod dengan [D] (Syot Tigaan). 2. Halakan kamera pada subjek dan tekan separuh butang pengatup. Kamera akan mula memprarakam imej pada waktu ini. • Jika anda lepaskan butang pengatup yang ditekan separuh tadi sebelum menekan sepenuhnya, semua imej dalam penimbal prarakam akan dipadam.
Merakam Filem Untuk merakam filem Prosedur di bawah menunjukkan langkah untuk rakaman filem (STD atau FHD) standard biasa. Untuk maklumat mengenai jenis rakaman filem yang lain (Filem Kelajuan Tinggi), lihat halaman 77. 1. Jajarkan dail mod dengan [P] (Auto Program) atau [Ÿ] (PRO Auto Premium). 2. Tekan [MENU]. 3. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU”, dan kemudian tekan [6]. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Kualiti Filem” dan kemudian tekan [6]. 5.
7. Tekan [0] (Filem) semula untuk memberhentikan rakaman. • Setiap filem boleh mencecah 29 minit. Rakaman filem berhenti secara automatik selepas rakaman selama 29 minit. Rakaman filem juga akan berhenti secara automatik jika memori penuh sebelum anda memberhentikan rakaman filem dengan menekan [0] (Filem) sekali lagi. • Filem dirakam dalam format MOV (halaman 170). Kamera tidak menyokong penukaran kepada format filem berbeza.
Audio Kamera anda mempunyai mikrofon terbina dalam yang boleh digunakan untuk merakam audio (stereo) semasa rakaman filem. • Kamera anda mempunyai fungsi untuk mengurangkan hingar angin (Pemotongan Hingar Angin) semasa merakam filem (halaman 116). . Peringatan Perakaman Mikrofon • Kamera juga merakam audio. Ambil perhatian tentang perkara berikut apabila merakam filem. – Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda, dsb.
• Operasi zum disokong semasa rakaman filem (halaman 55). Zum dinyahdayakan semasa rakaman filem berkelajuan tinggi. Untuk menggunakan zum untuk rakaman filem berkelajuan tinggi, lakukan operasi zum sebelum anda menekan [0] (Filem) untuk mula merakam. • Zum SR Tunggal (halaman 58) dan Zum Berbilang SR (halaman 59) dinyahdayakan semasa rakaman filem. • Kesan pergerakan kamera dalam imej menjadi lebih ketara apabila anda merakam pada jarak dekat atau dengan faktor zum yang besar.
Merakam Filem Berkelajuan Tinggi Kamera ini menyokong rakaman filem berkelajuan tinggi pada kelajuan maksimum 1000 fps. Nisbah bidang filem yang dirakam dengan mod ini bergantung pada kadar bingkainya (kelajuan rakaman). • Apabila merakam dengan tetapan kadar bingkai “30-120 fps” atau tetapan kadar bingkai “30-240 fps”, rakaman audio hanya disokong semasa rakaman 30 fps. Audio tidak dirakam pada sebarang kadar bingkai yang lain. 1. Jajarkan dail mod dengan [P] (Auto Program).
6. Rakam filem dengan cara yang sama seperti anda merakam filem biasa (halaman 73). Tekan [0] (Filem) untuk memulakan dan menghentikan rakaman filem. • Semasa rakaman Filem Berkelajuan Tinggi (HS120, HS240, HS480, HS1000), fokus ditetapkan di posisi semasa rakaman dimulakan. Untuk memfokuskan imej, tekan separa butang pengatup untuk Fokus Auto atau fokus secara manual sebelum anda sentuh [0] (Filem) untuk mula merakam.
Menggunakan Filem Prarakam (Prarakam (Filem)) Prarakam (Filem) mengekalkan prarakaman kira-kira lima saat aksi (lebih kurang dua saat untuk Filem Berkelajuan Tinggi). Apabila anda memulakan rakaman masa nyata, kandungan yang diprarakam disimpan diikuti dengan rakaman masa sebenar, bagi membantu memastikan anda tidak terlepas apa-apa perkara kerana lambat menekan butang rakam.
. Untuk merakam Filem Prarakam 1. Selepas menggunakan prosedur di atas bagi menyediakan kamera untuk Filem Prarakam, halakan kamera pada subjek. 2. Apabila anda sudah sedia merakam, tekan [0] (Filem). Ini akan menyimpan kira-kira lima saat aksi yang diprarakam dalam penimbal sebelum anda menekan [0] (Filem) (dua saat jika anda menggunakan filem berkelajuan tinggi) dan memulakan rakaman masa sebenar. 3. Tekan [0] (Filem) semula untuk memberhentikan rakaman.
Merakam Filem Selang Masa (Selang Masa) Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk merakam filem peristiwa sebenar yang berlaku, untuk melajukan aliran trafik dalam pemandangan bandar, atau untuk merakam jenis filem lain yang serupa. Selang Masa memberikan koleksi sampel pemandangan yang menunjukkan pelbagai jenis imej. Sekadar memilih pemandangan menyebabkan kamera ditetapkan secara automatik dengan tetapan optimum untuk jenis dan keadaan subjek yang ditunjukkan dalam sampel pemandangan.
1. Jajarkan dail mod dengan [F] (Selang Masa). 2. Tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan Masa) dan kemudian tekan [SET]. (Selang Ini memaparkan menu pemandangan Selang Masa. 4. Pilih pemandangan yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET]. • Pemandangan yang boleh digunakan untuk rakaman selang masa ditunjukkan oleh ». 5. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih (Tetapan Selang Masa) pilihan Panel Kawalan, dan kemudian tekan [SET]. 6.
• Semasa rakaman Selang Masa, skrin monitor akan mati mengikut tetapan “Tidur” (halaman 176). Tukar tetapan “Tidur” kepada “Mati” jika anda mahu skrin monitor terus hidup. Namun, sila ambil perhatian, tetapan ini akan menghabiskan kuasa bateri dengan lebih cepat. • Jika tidur didayakan (halaman 176), skrin monitor akan mati selepas tempoh tidur yang dipraset jika tiada operasi kamera dijalankan, tetapi operasi rakaman selang masa akan diteruskan. Lampu belakang kamera akan berkelip-kelip pada masa ini.
. Menggunakan Skrin Maklumat Pemandangan Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemandangan, pilih pemandangan itu menggunakan sempadan pada menu pemandangan, dan kemudian putar pengawal zum ke mana-mana arah. • Untuk kembali ke menu pemandangan, putar pengawal zum semula. • Untuk menatal antara pemandangan, gunakan [4] dan [6]. • Untuk mengkonfigurasi kamera dengan tetapan bagi pemandangan yang sedang dipilih, tekan [SET].
• Harap maklum bahawa denyar tidak boleh digunakan. • Perhatian, menangkap syot kilat semasa merakam filem disokong semasa rakaman filem FHD dan STD sahaja. Ia tidak disokong semasa rakaman filem jenis lain. • Fokus Auto tidak dilakukan jika anda menekan separa butang pengatup untuk merakam syot kilat semasa rakaman filem. Anda boleh memulakan semula AF Berterusan dengan menekan [SET].
Menggunakan BEST SHOT BEST SHOT menyediakan kepada anda kumpulan sampel “pemandangan” yang menunjukkan pelbagai jenis keadaan penggambaran yang berbeza. Apabila anda perlu menukar persediaan kamera, cuma cari pemandangan yang sepadan dengan apa yang ingin anda capai dan kamera akan menyediakannya secara automatik. Ini membantu meminimumkan kemungkinan imej rosak disebabkan oleh tetapan pendedahan dan kelajuan pengatup yang lemah. No. Pemandangan Penerangan 1 Mekap Melaraskan warna kulit.
No. Pemandangan Penerangan 19 Binatang Peliharaan Kelajuan pengatup cepat Ditangkap dari paras mata binatang peliharaan anda. 20 Bunga Mod Makro Ketepuan tinggi 21 Hijau Semula Jadi Ketajaman kuat dan ketepuan tinggi mencantikkan rona hijau. 22 Dedaun Musim Luruh Ketajaman kuat dan ketepuan tinggi mencantikkan rona merah.
Untuk merakam dengan BEST SHOT 1. Jajarkan dail mod dengan [b] (BEST SHOT). 2. Tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan dan kemudian tekan [SET]. Ini akan memaparkan menu pemandangan BEST SHOT. 4. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk mengalih sempadan ke pemandangan yang anda mahu pilih. [b] Pemandangan yang sedang dipilih (dengan sempadan) • Anda boleh menatal ke halaman pemandangan lain dengan menekan [8] atau [2] atau memutarkan gelung fungsi. 5.
. Peringatan BEST SHOT • Imej contoh yang ditunjukkan bagi di skrin pemandangan BEST SHOT tidak ditangkap dengan kamera ini. Ia diberikan untuk menggambarkan kesan dan merit setiap pemandangan. • Imej yang ditangkap menggunakan pemandangan BEST SHOT mungkin tidak memberikan hasil yang dijangka disebabkan oleh keadaan penggambaran dan faktor lain. • Anda boleh mengubah suai tetapan kamera yang dikonfigurasikan selepas anda memilih pemandangan BEST SHOT.
Mencipta dan Menggunakan Persediaan Anda Sendiri (Custom Shot) Anda boleh mendaftarkan sehingga 999 persediaan, berdasarkan syot kilat yang ditangkap dengan kamera, seperti pemandangan “Custom Shot”. Memilih pemandangan “Custom Shot” yang didaftarkan akan mengkonfigurasikan kamera dengan tetapan ini. Persediaan syot kilat yang dirakam dengan mod dan ciri berikut boleh didaftarkan sebagai pemandangan “Custom Shot”.
. Untuk merakam dengan pemandangan Custom Shot yang didaftarkan 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Pemandangan Tersuai” (halaman 88) yang berdaftar. 2. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar. Merakam Potret Indah (Mekap) Mekap membolehkan pelarasan rona tona kulit dan tekstur kulit manusia, dan mengurangkan bayangan wajah yang disebabkan oleh cahaya matahari terang untuk potret yang lebih cantik. 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Mekap” (halaman 86). 2.
5. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar. Ini akan merakam dan menyimpan imej yang sama dalam tiga versi dengan pelbagai tetapan “Tona Kulit”, berdasarkan tetapan yang anda pilih dalam langkah 4, di atas. • Selepas merakam imej dengan Mekap BKT, anda tidak boleh merakam imej lain sehingga penyimpanan imej terdahuhu selesai. • Hanya dua versi imej akan dirakam dan disimpan jika anda merakam dengan BKT Mekap semasa “Perang +6” atau “Cerah +6” dipilih untuk “Tona Kulit”.
Merakam dengan Latar Belakang Kabur (Latar Belakang Kabur) Fungsi ini menganalisis letusan imej berturutan dan kemudian mengaburkan latar belakang di belakang subjek utama. Ini menghasilkan kesan yang benar-benar menonjolkan subjek, sama seperti gambar yang diambil dengan kamera refleks satu kanta. Kesan kabur boleh ditetapkan kepada satu daripada tiga tahap. Ditangkap dengan “Latar Belakang Kabur”. Ditangkap dengan “Auto Program”. 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Latar Belakang Kabur” (halaman 86). 2.
Merakam Imej Panorama (Panorama Slaid) Dengan Panorama Slaid, anda mengalihkan kamera untuk menyediakan dan merakam berbilang imej, yang kemudiannya digabungkan menjadi panorama. Ciri ini membolehkan anda merakam panorama sehingga 360 darjah, yang lebih hebat daripada yang boleh dirakam dengan keupayaan fizikal kanta. • Imej panorama akhir boleh jadi satu daripada dua saiz yang ditunjukkan di bawah.
5. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan kursor slaid akan muncul pada skrin monitor. Perlahanlahan gerakkan kamera ke arah yang ditunjukkan dengan anak panah pada skrin sehingga kursor slaid mencecah penghujung julat pergerakannya (misalnya hingga hujung kanan apabila menggerakkan kamera ke kanan). • Kamera akan mula menyediakan imej panorama secara dalaman apabila kursor slaid mencecah penghujung julat pergerakan.
Merakam dengan Sudut Pandang Super Lebar (Syot Lebar) Dengan ciri ini, beberapa imej dirakam dan kemudian digabungkan bagi menghasilkan imej dengan sudut pandang super lebar yang melebihi sudut pandang terlebar mungkin dengan kanta ini. Ditukar kepada 35 mm setara, jarak fokus yang tersedia dengan ciri ini mendayakan rakaman dengan anggaran sudut pandang 15 mm dan 19 mm. 25 mm (sudut terlebar kanta) 19 mm 15 mm 1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Syot Lebar” (halaman 86). 2.
5. Halakan kamera ke arah subjek yang anda mahu berada di tengah-tengah imej dan kemudian tekan separuh butang pengatup untuk memfokus. • Bahagian luar sempadan biru di skrin menandakan julat boleh rakam imej. Imej yang diingini Sempadan biru Bahagian tengah di permulaan operasi rakaman 6. Tekan butang pengatup sepenuhnya dan perlahan-lahan gerakkan kamera mengikut arahan dan anak panah yang kelihatan di skrin monitor.
• Keadaan berikut tidak serasi dengan rakaman Syot Lebar. – Subjek yang mempunyai kecerahan berbeza daripada persekitarannya kerana cahaya buatan, cahaya matahari, dsb.
Menggunakan Skrin TV untuk Merakam Syot Kilat (Output TV HDMI) Gunakan prosedur di bawah bagi mengkonfigurasikan kamera untuk merakam syot kilat dengan nisbah bidang 16:9, semasa anda menggubahnya di skrin TV. 1. Matikan kamera dan gunakan kabel HDMI yang tersedia secara komersil untuk menyambungkan kamera pada TV. • Guna kabel HDMI yang tersedia secara komersial dan ditanda dengan logo yang ditunjukkan di sebelah kanan. • Pastikan kamera dimatikan sebelum menyambung atau menanggalkan kabel.
• Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga apabila menyambungkan, lihat halaman 99. • Jika anda mahu menukar format isyarat video digital, mula-mula cabut kabel HDMI dari kamera (halaman 127). • Tetapan dalam jadual di bawah adalah tetap apabila merakam dengan fungsi ini.
Tetapan Lanjutan (REC MENU) Berikut adalah menu operasi yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi berbagai tetapan kamera. • Anda juga boleh menggunakan Panel Kawalan (halaman 43) untuk mengkonfigurasi beberapa tetapan yang muncul di skrin menu. Rujuk pada rujukan halaman yang disediakan dalam bahagian ini untuk maklumat mengenai mengkonfigurasi tetapan menggunakan Panel Kawalan. Menggunakan Skrin Menu untuk Mengkonfigurasi Tetapan Rakaman 1. Dalam mod RKM, tekan [MENU].
Merakam Letusan Imej (CS) Item menu: CS Lihat halaman 60 untuk butiran. Mencetuskan Operasi Pemasa kendiri dengan Gerakan (Pengatup Gerakan) Item menu: Pengatup Gerakan Lihat halaman 64 untuk butiran. Menetapkan Fungsi Rakaman untuk Butang Pengatup Hadapan (Pengatup Hadapan) Item menu: Pengatup Hadapan Tetapan ini boleh digunakan untuk menetapkan fungsi rakaman yang akan dilaksanakan apabila butang pengatup hadapan ditekan ketika kamera berada dalam mod RKM.
• Operasi butang pengatup hadapan akan menjadi dinyahdayakan semasa menangkap dengan beberapa pemandangan BEST SHOT. • Bagi operasi butang pengatup hadapan dalam mod MAIN, lihat halaman 128. • Apabila tetapan “Pengatup Hadapan” adalah sesuatu yang lain daripada “Mati”, butang pengatup hadapan boleh digunakan untuk menangkap syot kilat semasa rakaman filem sedang berjalan (Syot Kilat Dalam Filem). Bagaimanapun, dalam hal ini, hanya satu syot kilat boleh dirakamkan.
Tetapan Penerangan Lihat halaman: Pendedahan Membetulkan kecerahan. Halaman 51 Imbangan Putih Melaras rona. Halaman 45 ISO Menukar tetapan kepekaan ISO. Halaman 49 Dail Had Tinggi ISO Kawalan*3 Menetapkan had atas kepekaan ISO. Halaman 106 Pemasa kendiri Memilih masa pemasa kendiri. Halaman 44 Fokus Menukar mod fokus. Halaman 47 Mati Tiada fungsi ditetapkan kepada dail. CS Memasuki Mod CS. Halaman 60 Pendedahan Membetulkan kecerahan. Halaman 51 Imbangan Putih Melaras rona.
• Fungsi yang sama tidak boleh ditetapkan kepada berbilang pengawal (kekunci, dail kawalan). • Bergantung pada mod rakaman, sesetengah fungsi mungkin tidak boleh ditetapkan kepada Dail Kawalan. Menggunakan Pemasa Kendiri (Pemasa Kendiri) Item menu: Pemasa kendiri Untuk butiran, lihat prosedur Panel Kawalan pada halaman 44. Membetulkan Kecerahan Imej (Pendedahan) Item menu: Pendedahan Untuk butiran, lihat prosedur Panel Kawalan pada halaman 51.
Menentukan Had Atas Kepekaan ISO (Had Tinggi ISO) Item menu: Had Tinggi ISO Tetapan Auto Paparan Ikon Penerangan Skrin RKM Tiada Merakam menggunakan tetapan kepekaan ISO yang ditentukan oleh tetapan “Kepekaan ISO” (halaman 49). ISO 200 ISO 400 ISO 800 ISO 1600 Tetapan yang dipilih di sini menjadi had atas kepekaan ISO apabila “Auto” dipilih untuk tetapan “Kepekaan ISO” (halaman 49).
Menentukan Kawasan Auto Fokus (Kws AF) Item menu: Kws AF Anda boleh menggunakan prosedur berikut untuk menukar kawasan pemeteran Fokus Auto untuk rakaman syot kilat. • Apabila merakam filem, kawasan pemeteran AF sentiasa “U Titik”. Tetapan Penerangan š Pintar Kamera secara automatik menentukan kawasan fokus di skrin dan memfokus di situ (AF cerdik). • Pengecaman muka (halaman 108) beroperasi secara automatik. U Titik Mod ini mengambil bacaan kawasan kecil di tengah imej.
• Fokus Auto dinyahdayakan apabila “MF” (Fokus Manual) dipilih untuk mod fokus (halaman 47), walaupun anda memilih kawasan AF. • Memilih “O Penjejakan” boleh menyebabkan getaran dan hingar berlaku kerana operasi kanta semasa menjejak subjek. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan. • Dengan beberapa pemandangan BEST SHOT, terdapat batasan penggunaan tetapan kawasan AF. Disebabkan ini, anda mungkin tidak dapat menggunakan tetapan tertentu atau anda mungkin tidak dapat menentukan sebarang tetapan Kawasan AF.
• Pengecaman muka tidak boleh digunakan bersama satu daripada ciri berikut. – Beberapa pemandangan BEST SHOT – Beberapa pemandangan Art Shot – Rakaman filem (Termasuk beberapa pemandangan BEST SHOT yang menyokong rakaman Filem Berkelajuan Tinggi) – CS Kelajuan Tinggi dengan CS Prarakam (Termasuk beberapa pemandangan BEST SHOT yang menyokong rakaman CS Kelajuan Tinggi) • Tetapan “Fokus” sentiasa tetap di “AF” (Fokus Auto) bila-bila “Pengecaman Muka” digunakan.
Mengurangkan Kesan Pergerakan Kamera dan Subjek (Fungsi Anti-goncang) Item menu: Fungsi Antigoncang Anda boleh menghidupkan ciri Fungsi Anti-goncang kamera untuk mengurangkan kekaburan imej disebabkan oleh pergerakan subjek atau pergerakan kamera semasa merakam subjek bergerak menggunakan telefoto, apabila merakam subjek yang bergerak pantas atau apabila merakam di bawah keadaan pencahayaan kelam.
Untuk memilih saiz imej syot kilat (Saiz Imej) Item menu: Saiz Imej Saranan Saiz Paparan Ikon Cetakan dan Skrin RKM Aplikasi Saiz Imej (Piksel) 12 M (4000x3000) Penerangan Poster Perincian yang baik untuk lebih kejelasan bagi imej yang telah dipotong (halaman 140) daripada asal 3:2 (4000x2656) Poster 16:9 (4000x2240) HDTV 8M (3264x2448) Cetak A4 Perincian yang baik 3M (2048x1536) Cetak 3.5"×5" Paling sesuai apabila pengekalan kapasiti memori lebih penting daripada kualiti imej.
. Piksel dan saiz imej Imej kamera digital ialah satu kumpulan bintik Piksel kecil yang dipanggil “piksel”. Lebih banyak piksel dalam imej, lebih banyak perincian yang ada. Namun, anda selalunya tidak mengalami masalah dengan piksel yang kurang semasa mencetak imej (saiz L) melalui perkhidmatan cetak, melampir imej pada e-mel, apabila melihat imej pada komputer dsb. Saiz imej menunjukkan jumlah piksel yang terkandung, dan ia dinyatakan sebagai piksel melintang x piksel menegak.
Tetapan Kualiti Imej Filem (Kualiti Filem) Item menu: Kualiti Filem Tetapan ini boleh digunakan untuk mengkonfigurasi tetapan kualiti imej filem untuk memilih mod rakaman filem (sama ada rakaman filem normal atau rakaman Filem Berkelajuan Tinggi). Tetapan (Kualiti (piksel)) Paparan Ikon Skrin RKM Anggaran Kadar Data (Kadar Bingkai) Penerangan FHD Pilih tetapan ini untuk merakam filem 14.2 Megabit/saat (FHD) berdefinisi tinggi (halaman 73).
Mengoptimumkan Kecerahan Imej (Pencahayaan) Item menu: Pencahayaan Anda boleh menggunakan tetapan ini untuk mengoptimumkan keimbangan antara kawasan cerah dengan kawasan gelap apabila menangkap imej. Tetapan Penerangan Hidup Melakukan pembetulan kecerahan. Apabila opsyen ini dipilih, ia mengambil masa yang lebih lama untuk imej disimpan selepas butang pengatup ditekan. Mati Tidak melakukan pembetulan kecerahan. • Pencahayaan dinyahdaya semasa rakaman filem.
Melaras Kontras Imej (Kontras) Item menu: Kontras Anda boleh menentukan satu daripada lima tetapan kontras daripada +2 (paling kontras antara cerah dan gelap) hingga –2 (paling kurang kontras antara cerah dan gelap). Menentukan Kekuatan Denyar (Kekuatan Denyar) Item menu: Kekuatan Denyar Anda boleh tetapkan keamatan denyar kepada satu daripada lima tahap daripada +2 (denyar paling terang) kepada –2 (denyar paling kurang terang).
Menyimpan Imej Normal Kedua Semasa Merakam dengan Seni HDR (Berganda (SENI HDR)) Item menu: Berganda (Seni HDR) Lihat halaman 69 untuk butiran. Mengurangkan Hingar Angin semasa Merakam Filem (Pemotongan Hingar Angin) Item menu: Pemotongan Hingar Angin Pilih “Hidup” bagi mengurangkan hingar angin semasa rakaman filem. Perhatian, ia juga akan menyebabkan kualiti bunyi berubah.
Menggunakan Bantuan Ikon (Bantuan Ikon) Item menu: Bantuan Ikon Semasa Bantuan Ikon dihidupkan, keterangan teks akan muncul pada paparan bagi ikon tertentu apabila anda bertukar fungsi RKM.
. Cara Menggunakan Histogram Histogram ialah graf yang mewakili kecerahan imej mengikut bilangan piksel. Paksi menegak menunjukkan bilangan piksel, manakala paksi mendatar menunjukkan kecerahan. Jika histogram kelihatan terlalu sendeng atas sebab tertentu, anda boleh menggunakan Keamatan Pendedahan untuk mengalihkannya ke kiri atau ke kanan untuk mendapat imbangan yang lebih baik. Pendedahan optimum boleh dicapai dengan penganjakan EV supaya graf berada sehampir mungkin di tengah.
Mengkonfigurasi Tetapan Lalai Hidupkan Kuasa (Memori) Item menu: Memori Tetapan ini membolehkan anda menentukan tetapan kamera yang perlu diingat oleh kamera apabila ia dimatikan, dan dikembalikan pada kali berikutnya kamera dihidupkan. Bagi membolehkan kamera mengingat tetapan, anda harus mendayakan memori tetapan. Sebarang tetapan yang memorinya dinyahdayakan akan ditetapkan semula kepada nilai lalai awalnya bila-bila masa kamera dimatikan.
Melihat Syot kilat dan Filem Melihat Syot Kilat Lihat halaman 37 untuk prosedur bagi melihat syot kilat. Melihat Filem 1. Di dalam mod MAIN, gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan filem yang anda mahu tonton. 2. Tekan [SET] untuk memulakan main semula. Ikon filem: »/» (Selang Masa) Masa rakaman Kualiti imej Kawalan Main Semula Filem Mara laju/undur laju [4] [6] (Main semula sedang berjalan.) • Setiap tekanan salah satu butang meningkatkan kelajuan operasi mara laju atau undur laju.
Zum Putar pengawal zum ke arah z ([). • Anda boleh menggunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk menatal imej yang dizum pada skrin monitor. Anda boleh zum imej filem sehingga 4.5 ganda saiz biasa. • Anda juga boleh melaksanakan operasi ini menggunakan gelang fungsi. Berhenti main semula [MENU] • Main semula mungkin tidak boleh dilakukan untuk filem yang tidak dirakam dengan kamera ini. • Filem yang diputar menggunakan “Putaran” (halaman 139) atau “Putaran” (halaman 175) tidak boleh dizumkan.
Melihat Imej Pengatup Berterusan Setiap kali anda merakam pengatup berterusan (CS) atau Rakaman Selang, kamera mencipta kumpulan termasuk semua imej untuk sesi tersebut. Anda boleh menggunakan prosedur berikut bagi memain semula imej dalam kumpulan tertentu. 1. Dalam mod MAIN, gunakan [4] dan [6] untuk memaparkan kumpulan imej yang anda mahu lihat. Bilangan fail imej dalam kumpulan Ikon kumpulan Selang Ikon Rakaman Selang Imej pertama dalam kumpulan 2. Tekan [SET] untuk memulakan main semula.
[MENU] Keluar dari main semula kumpulan. [8] (DISP) Berpusing melalui format paparan maklumat. [2] Memaparkan menu “Edit Kumpulan”. Memadam Imej CS Anda boleh menggunakan prosedur yang berikut untuk memadam imej CS semasa main semula sedang berjalan atau berhenti. 1. Semasa main semula CS atau kumpulan selang sedang berjalan atau berhenti, tekan [2]. • Ini akan memaparkan menu “Edit Kumpulan”. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Padam” dan kemudian tekan [SET]. 3.
Membahagikan Kumpulan Imej Gunakan prosedur di bawah untuk membahagikan Kumpulan CS kepada imej individu. • Sebaik kumpulan CS dibahagikan, ia tidak boleh dikumpulkan semula. 1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU]. 2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “p PLAY MENU”, dan kemudian tekan [6]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Bahagi Kumpulan” dan kemudian tekan [6]. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih kumpulan imej untuk dibahagikan dan kemudian tekan [SET].
Mengezum Imej Atas skrin 1. Dalam mod MAIN, gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej sehingga imej yang anda mahu dipaparkan. 2. Putar pengawal zum ke arah z ([) untuk mengezum. Faktor zum Kawasan imej Anda boleh menggunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk menatal imej yang dizum pada skrin monitor. Anda juga boleh gunakan dail kawalan untuk menatal ke atas dan ke bawah, dan gelang fungsi untuk menatal ke kiri dan kanan. Putar pengawal zum ke arah w untuk nyahzum imej.
Melihat Syot Kilat dan Filem pada Skrin TV 1. Gunakan kabel HDMI tersedia yang komersial untuk menyambungkan kamera ke TV (halaman 99). • Output ke TV tidak disokong semasa kamera dalam mod RKM kecuali untuk “Output TV HDMI” (halaman 99). 2. Pasang TV dan pilih mod input HDMInya. Jika TV mempunyai lebih daripada satu input video, pilih input di tempat kamera disambungkan. 3. Hidupkan kamera dan tekan [p] (MAIN).
. Memilih Kaedah Output Terminal HDMI (Output HDMI) Guna tetapan ini untuk memilih format isyarat digital apabila menyambung kepada TV menggunakan kabel HDMI. 1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU]. 2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “¥ SETTING”, dan kemudian tekan [6]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Output HDMI” dan kemudian tekan [6]. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih kaedah output, tekan [SET].
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU) Menggunakan Skrin Menu untuk Memilih Tetapan Operasi Main Semula dan Konfigurasi Bahagian ini menerangkan item menu yang boleh anda gunakan untuk mengkonfigurasi tetapan dan melakukan lain-lain operasi main semula. 1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU]. Ini akan memaparkan skrin menu (p PLAY MENU). 2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih “p PLAY MENU” tab, dan kemudian tekan [6] atau [SET]. 3.
Menatal Imej dengan Laju atau mengikut Tarikh Rakaman (Gelang Fungsi) Item menu: GELUNG FUNGSI Anda boleh putar gelang fungsi bagi menatal imej dengan laju atau mengikut tarikh rakaman. Tetapan Penerangan 10 Imej 25 Imej 50 Imej Tatal ke depan atau belakang mengikut bilangan imej yang dinyatakan. 100 Imej Tarikh Tatal imej mengikut tarikh rakaman. Mencipta Imej Kolaj (Kolaj Pantas) Item menu: Kolaj Pantas Fungsi ini boleh digunakan untuk menggabung berbilang gambar dalam satu imej kolaj. 1.
Memainkan Persembahan Slaid di Kamera (Prsmbhn Slaid) Item menu: Prsmbhn Slaid Mula Mulakan pertunjukan slaid Imej Menyatakan jenis imej yang akan disertakan dalam pertunjukan slaid Semua imej: Syot kilat, filem, imej pengatup berterusan Semua kecuali Z: Semua imej pengatup bukan berterusan (CS) T Sahaja: Syot kilat sahaja » Sahaja: Filem sahaja » Sahaja: Selang masa sahaja Masa Masa dari mula hingga tamat pertunjukan slaid 3 minit, 5 minit, 10 minit, 15 minit, 30 minit, 60 minit Selang Tempoh masa setiap i
• Untuk menghentikan pertunjukan slaid, tekan [SET] atau [MENU]. Menekan [MENU] menghentikan pertunjukan slaid dan kembali ke skrin menu. • Laraskan kelantangan audio dengan menekan [2] dan kemudian tekan [8] atau [2] semasa main semula. • Semua butang operasi dinyahdayakan semasa pertunjukan slaid sedang beralih daripada satu imej ke imej lain. • Masa yang diperlukan untuk beralih daripada satu imej ke imej lain mungkin lebih lama bagi kes imej yang tidak dirakam menggunakan kamera ini. .
Menggunakan Syot Kilat untuk Menghasilkan Filem (Buat Filem) Item menu: Buat Filem Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk mengubah syot kilat yang ditangkap dengan kamera ini kepada filem. Memilih satu kumpulan akan merangkumi semua imej dalam kumpulan itu dalam satu filem. Anda boleh menggunakan sehingga 1,000 syot kilat dalam satu filem. 1. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk menggerakkan sempadan biru ke syot kilat yang anda mahu termasuk dalam filem dan kemudian tekan [SET].
Mengedit Filem pada Kamera (Pengeditan Filem) Item menu: Edit Filem Ciri Pengeditan Filem membolehkan anda menggunakan salah satu prosedur berikut bagi mengedit bahagian tertentu filem. Potong Sblmnya Memotong semuanya dari mula filem sehingga lokasi semasa. Potongan Tengah Memotong semuanya di antara dua titik. Potong Slpsnya Memotong semuanya dari lokasi semasa hingga penghujung filem. • Paparkan filem yang anda mahu edit sebelum melaksanakan operasi ini. 1.
• Apabila anda mengedit filem, hanya hasilnya disimpan. Filem asal tidak disimpan. Operasi edit tidak boleh dibuat asal. • Filem yang lebih pendek dari lima saat tidak boleh diedit. • Mengedit filem yang dirakam dengan jenis kamera lain tidak disokong. • Anda tidak dapat mengedit filem jika amaun baki kapasiti ingatan kurang daripada saiz fail filem yang anda ingin edit. Jika tidak cukup ingatan, padam fail yang anda tidak perlukan untuk mengosongkannya. • Membahagi filem kepada dua filem tidak disokong.
Untuk gabungkan dua filem (Gabung Filem) Item menu: Gabungan Filem Prosedur ini menggabungkan dua filem. Masa main bagi setiap filem mesti kurang daripada 10 minit, dan dua filem itu mestilah mempunyai kualiti dan kadar kerangka yang sama. Perhatian, penggabungan dua Filem Berkelajuan Tinggi tidak disokong. • Paparkan salah satu filem yang anda mahu gabungkan sebelum melaksanakan operasi ini. 1.
Mengoptimumkan Kecerahan Imej (Pencahayaan) Item menu: Pencahayaan Anda boleh gunakan tetapan ini untuk melaraskan keimbangan antara kawasan cerah dengan kawasan gelap dalam imej sedia ada dalam julat 0 (tiada pengoptimuman) hingga +2 (cerah). • Paparkan tangkapan gambar sebelum melaksanakan operasi ini. • Memperbetulkan pencahayaan semasa tangkapan menghasilkan hasil yang lebih baik (halaman 114).
Melaraskan Kecerahan Syot Kilat Sedia Ada (Kecerahan) Item menu: Kecerahan Anda boleh memilih satu daripada lima tahap kecerahan, daripada +2 (paling cerah) hingga –2 (paling kurang cerah). • Paparkan tangkapan gambar sebelum melaksanakan operasi ini. • Tangkapan gambar asal disimpan dalam memori dan tidak dipadam. • Apabila anda memaparkan imej pindaan di skrin monitor kamera, tarikh dan masa menunjukkan masa imej dirakam pada asalnya, dan bukan tarikh imej tersebut dipinda.
Memlindungi Imej dalam Kumpulan Terhadap Pemadaman (Lindung) 1. Semasa main semula CS atau kumpulan selang sedang berjalan atau berhenti, tekan [2]. • Ini akan memaparkan menu “Edit Kumpulan”. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Lindungi” dan kemudian tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih kaedah lindung yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET]. Lindungi imej tertentu dalam kumpulan.
Mengedit Tarikh dan Masa Imej (Tarikh/Masa) Item menu: Tarikh / Masa • Paparkan tangkapan gambar sebelum melaksanakan operasi ini. [8] [2] Menukar tetapan di lokasi kursor. [4] [6] Mengalihkan kursor di antara tetapan. Apabila tetapan tarikh dan masa adalah apa yang anda mahu, jajarkan kursor dengan “Guna” dan kemudian tekan [SET] bagi menggunakannya.
Mengubah saiz Syot Kilat (Ubah Saiz) Item menu: Ubah Saiz Anda boleh mengurangkan saiz syot kilat dan menyimpan hasilnya sebagai syot kilat berasingan. Syot kilat asal juga disimpan. Anda boleh mengubah saiz imej kepada satu daripada tiga saiz: 8 M, 3 M, VGA. • Paparkan tangkapan gambar sebelum melaksanakan operasi ini. • Mengubah saiz syot kilat 3:2 atau 16:9 akan menghasilkan imej dengan nisbah bidang 4:3, dengan kedua belah dipotong.
Menyalin Fail (Salin) Item menu: Salin Fail boleh disalin daripada memori terbina dalam komputer kepada kad memori atau daripada kad memori terbina dalam. • Paparkan tangkapan gambar sebelum melaksanakan operasi ini. Terbina dlm * Kad Salin semua fail daripada memori terbina dalam kamera kepada kad memori. Pilihan ini menyalin semua fail dalam memori terbina dalam kamera. La tak boleh digunakan untuk menyalin satu fail. Kad * Terbina dlm Menyalin satu fail pada kad memori ke memori terbina dalam kamera.
Membahagikan Kumpulan (Bahagikan Kumpulan) Item menu: Bahagi Kumpulan Lihat halaman 124 untuk butiran. Mengedit Imej dalam Kumpulan (Edit Kumpulan) Item menu: Edit Kumpulan Lihat halaman berikut untuk butiran.
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar (Sambungan Tanpa Wayar) Mengawal Kamera Anda dengan Telefon Pintar Kamera anda mempunyai kedua-dua teknologi tanpa wayar Bluetooth dan keupayaan LAN tanpa wayar yang terbina di dalam. Selepas mewujudkan sambungan tanpa wayar dengan telefon pintar, anda boleh melaksanakan operasi yang dinyatakan di dalam jadual di bawah. Memerlukan pemasangan aplikasi EXILIM Connect pada telefon pintar anda. • Kamera anda ialah peranti Bluetooth® Smart.
Dengan fungsi ini: Hantar ke telefon Lihat di telefon Anda boleh melakukan ini: Hantar syot kilat dan filem yang dirakam dengan kamera anda ke telefon pintar anda. Selepas menghantar imej ke telefon pintar, anda kemudian boleh memuat naik ia daripada telefon pintar ke perkhidmatan rangkaian sosial (halaman 152). Lihat syot kilat yang disimpan dalam memori kamera pada telefon pintar dan salin syot kilang dan filem ke telefon pintar untuk dilihat.
. Tentang EXILIM Connect Untuk maklumat terperinci tentang EXILIM Connect, rujuk ke Panudan Pengguna EXILIM Connect (yang anda boleh muat turun di laman web di bawah). http://www.exilim.com/manual/ • Ambil perhatian bahawa untuk melihat Panduan Pengguna EXILIM Connect, anda perlu memasang Adobe Reader. Rujuk pusat servis CASIO yang sah jika anda tidak dapat membuka untuk memaparkan format PDF Panduan Pengguna.
. Ikon Sambungan Tanpa Wayar Selepas anda mengkonfigurasi tetapan sambungan kamera dan telefon pintar, ikon di bawah akan tertera pada skrin kamera untuk menunjukkan status komunikasi semasa. Separa-lut sinar Berpasangan selesai, tetapi tiada sambungan teknologi tanpa wayar Bluetooth. Legap Berpasangan selesai, dan terdapat sambungan teknologi tanpa wayar Bluetooth. Separa-lut sinar LAN tanpa wayar didayakan, tetapi tiada sambungan. Legap LAN tanpa wayar disambungkan.
Bersedia untuk Mewujudkan Sambungan antara Telefon Pintar dan Kamera Anda Memasang aplikasi EXILIM Connect Smartphone pada telefon pintar anda akan memungkinkan kawalan jauh kamera dari telefon pintar anda dan untuk menghantar imej-imej yang dirakam dengan kamera telefon pintar anda. Cari aplikasi EXILIM Connect pada Google Play atau App Store dan pasangkan pada telefon pintar anda. .
Mewujudkan Sambungan Tanpa Wayar buat Kali Pertama Kali pertama anda mewujudkan sambungan tanpa wayar antara kamera dan telefon pintar, anda perlu menggunakan prosedur di bawah untuk mengkonfigurasi tetapan sambungan tanpa wayar. Operasi ini diperlukan untuk sambungan pertama sahaja. . Telefon pintar yang menyokong Bluetooth low energy Menyambung kamera ke telefon pintar menggunakan teknologi wayarles Bluetooth (pasangan) memudahkan anda untuk mengkonfigurasi tetapan sambungan wayarles.
8. Pilih “Aktifkan.” jika nada mahu menghantar semua imej yang direkodkan pada kamera ke telefon pintar, atau “Jangan aktifkan.” jika anda tidak mahu menghantar imej ke telefon pintar. Seterusnya, tekan [SET]. • Selepas kamera dipasangkan, operasi teknologi wayarles Bluetooth akan menggunakan kuasa bateri walaupun ketika kamera dimatikan. Kerana itu, anda disarankan supaya mengecas bateri kamera sebelum anda merancang untuk menggunakannya.
Menggunakan Telefon Pintar sebagai Alat Kawalan Jauh Kamera (Rakam dengan telefon) Fungsi ini membolehkan anda merakam syot kilat atau filem dengan kamera secara jauh menggunakan telefon pintar. Anda juga boleh lakukan zum, pemasa kendiri, dan operasi lain secara jauh. 1. Tekan [W] (Tanpa Wayar). 2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih “Rakam dengan telefon”, dan kemudian tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Permulaan Jauh” dan kemudian tekan [SET].
Mengkonfigurasi Butang Pengatup Depan untuk Menghantar Imej (Pnghntrn Cpt) Anda boleh menggunakan prosedur di bawah untuk menghantar imej yang dipaparkan dalam mod MAIN (termasuk filem) ke telefon pintar dengan menekan butang pengatup hadapan kamera. Selepas menghantar imej ke telefon pintar, anda kemudian boleh memuat naiknya ke perkhidmatan rangkaian sosial. • Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu menetapkan fungsi Penghantaran Cepat ke butang pengatup hadapan. 1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU]. 2.
Melihat Syot Kilat dan Filem dalam Ingatan Kamera pada Telefon Pintar (Lihat di telefon) Anda boleh menyambung kamera ke telefon pintar melalui LAN wayarles dan memuat turun syot kilat serta filem dalam memori kamera pada sehingga lapan telefon pintar yang disambungkan. Anda juga boleh melihat syot kilat dan filem dalam memori kamera pada komputer dan salin ia ke komputer. Telefon pintar tidak memerlukan pemasangan aplikasi EXILIM Connect untuk mengakses imej kamera menggunakan fungsi ini. 1.
Mengkonfigurasi Tetapan Sambungan Tanpa Wayar Seksyen ini menerangkan operasi mod tanpa wayar dan tetapan item. 1. Tekan [W] (Tanpa Wayar). Ini akan memaparkan skrin mod tanpa wayar. • Menekan [W] (Tanpa Wayar) sekali lagi akan kembali ke skrin yang dipaparkan sebelum skrin mod tanpa wayar. 2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] “Tetapan wayarles” dan kemudian tekan [SET]. Ini akan memaparkan skrin tetapan tanpa wayar. 3.
Menghantar Imej daripada Kamera ke Telefon Pintar semasa Ia Direkodkan (Hantar Automatik) Nama item : Hantaran Auto Semasa “Hidup” dipilih untuk tetapan ini, imej dihantar secara automatik ke telefon pintar yang dipasangkan semasa ia merakam. Jika tiada sambungan tanpa wayar antara kamera dan telefon bimbit semasa imej dirakam, ia akan dihantar sebaik sahaja sambungan diwujudkan. • Hantaran Auto tidak boleh didayakan melainkan kamera dipasangkan dengan telefon pintar (halaman 148).
Menentukan Imej yang Dihantar melalui Hantar Auto (Tetapan Hantaran Fail Auto) Nama item : Tetapan Hantaran Fail Auto Menentukan fail yang akan dihantar ke telefon pintar melalui Hantar Auto T» Tangkapan gambar dan filem dihantar. T Sahaja Hanya tangkapan gambar dihantar. • Saiz maksimum fail filem yang boleh dihantar melalui Hantaran Auto ialah 100 MB.
Menukar Kata Laluan Kamera untuk Sambungan LAN Wayarles (Kata laluan WLAN) Nama item : Kata laluan WLAN Guna prosedur untuk menukar kata laluan yang anda guna apabila membuat sambungan LAN wayarles antara kamera dengan telefon pintar. • Sebelum menukar kata laluan LAN wayarles, nyahpasang kamera daripada telefon pintar yang dipasangkan dengannya (halaman 156). 1. Gunakan [4] dan [6] untuk mengalih kursor ke digit kata laluan yang anda mahu tukar. 2.
Percetakan Percetakan Syot Kilat Perkhidmatan Cetak Profesional* Anda boleh membawa kad memori yang mengandungi imej yang anda mahu cetak ke perkhidmatan cetak profesional dan mencetaknya. Percetakan pada Pencetak Rumah* Anda boleh menggunakan pencetak yang dilengkapkan dengan slot kad memori untuk terus mencetak imej daripada kad memori. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang disertakan bersama pencetak anda.
. Mengkonfigurasi Tetapan DPOF Secara Berasingan untuk Setiap Imej 1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU]. 2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “p PLAY MENU”, dan kemudian tekan [6]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Cetakan DPOF” dan kemudian tekan [6]. 4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pilih imej” dan kemudian tekan [SET]. 5. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal fail sehingga imej yang anda mahu cetak dipaparkan. 6. Gunakan [8] dan [2] untuk menentukan bilangan salinan.
. Menentukan Bilangan Imej untuk Imej yang Dikumpulkan Anda boleh menentukan jumlah salinan apabila mencetak imej sebahagian daripada CS atau kumpulan selang. 1. Semasa main semula CS atau kumpulan selang sedang berjalan atau berhenti, tekan [2]. • Ini akan memaparkan menu “Edit Kumpulan”. 2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Cetakan DPOF” dan kemudian tekan [SET]. 3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih kaedah cetakan yang anda mahu gunakan dan kemudian tekan [SET].
Tetapan DPOF tidak dibersihkan secara automatik selepas percetakan selesai. Operasi cetak DPOF yang anda lakukan seterusnya akan dijalankan menggunakan tetapan DPOF terakhir yang anda konfigurasi untuk imej. Bagi membersihkan tetapan DPOF, nyatakan “00” untuk bilangan salinan bagi semua imej.
Menggunakan Kamera dengan Komputer Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer... Anda boleh melakukan operasi yang diterangkan di bawah semasa kamera bersambung dengan komputer. Menyimpan imej pada komputer dan melihatnya di situ • Menyimpan imej dan melihatnya secara manual (sambungan USB) (halaman 162, 166). Main semula dan sunting filem • Anda boleh main semula fail (halaman 165, 168). Untuk memain semula filem, gunakan perisian yang serasi dengan persekitaran pengendalian komputer anda.
Menggunakan Kamera dengan Komputer Windows Apabila anda Versi Sistem mahu melakukan Pengendalian ini: Menyimpan imej pada komputer dan melihatnya di situ secara manual Windows 8.1, Windows 8, Pemasangan tidak diperlukan. Windows 7, Windows Vista Windows 8.1, Windows 8, Windows 7 Mainkan filem Perisian yang Diperlukan Lihat halaman: 162 Windows Media Player 12 QuickTime 7 atau lebih tinggi • Anda perlu memuat turun Windows Vista QuickTime 7 atau lebih tinggi di Web jika anda ingin menggunakannya.
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan fail 1. Matikan kamera dan kemudian gunakan kabel USB mikro yang disertakan bersama kamera untuk menyambungnya ke komputer anda. Port USB USB • Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga apabila menyambungkan, lihat halaman 24. 2. Kabel USB Mikro (disertakan bersama kamera) Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera.
8. Pengguna Windows 8.1, Windows 8: Pada menu “Documents”, klik “Home” dan kemudian “Paste”. Pengguna Windows 7, Windows Vista: Pada menu “Documents”, klik “Organize” atau “Edit”, dan kemudian “Paste”. Ini akan menampal folder “DCIM” (dan semua fail imej yang terkandung di dalamnya) ke dalam folder “Documents” anda. Anda kini mempunyai salinan fail yang ada dalam memori kamera pada komputer anda. 9. Setelah selesai menyalin imej, tanggalkan kamera daripada komputer anda.
Memainkan Filem Untuk main semula filem, mula-mula salinnya ke komputer anda dan kemudian dwiklik fail filem. Sesetengah sistem pengendalian mungkin tidak dapat memainkan semula filem. Jika ini berlaku, anda perlu memasang perisian yang ada secara berasingan. • Dengan Windows 8.1, Windows 8 dan Windows 7, main semula disokong oleh Windows Media Player 12. • Jika anda tidak dapat memainkan semula filem, pergi ke URL di bawah untuk memuat turun QuickTime 7 dan memasangnya pada komputer anda. http://www.apple.
Menggunakan Kamera dengan Macintosh Apabila anda mahu melakukan ini: Versi Sistem Pengendalian Perisian yang Diperlukan Menyimpan imej pada Macintosh anda OS X dan melihatnya di situ secara manual Pemasangan tidak diperlukan. Simpan imej pada Macintosh anda secara automatik/ Urus imej OS X iPhoto, yang disertakan tergabung dengan beberapa produk Macintosh. Mainkan filem OS X 10.
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan fail 1. Matikan kamera dan kemudian gunakan kabel USB mikro yang datang bersama kamera untuk menyambung ke Macintosh anda (halaman 163). 2. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera. Apabila anda menghidupkan kamera, semak untuk pastikan yang warna lampu belakang kamera bertukar daripada merah kepada hijau atau ambar (halaman 24).
Memainkan Filem Untuk main semula filem, mula-mula salinnya ke Macintosh anda dan kemudian dwiklik fail filem. . Keperluan Sistem Komputer Minimum untuk Main Semula Filem Keperluan sistem minimum yang diterangkan di bawah adalah perlu untuk memain semula filem yang direkod dengan kamera ini pada komputer. Sistem Pengendalian :Mac OS X 10.5 atau lebih tinggi Perisian yang Diperlukan :QuickTime Player (dipasang pada komputer) • Di atas adalah sekitaran sistem yang disarankan.
Fail dan Folder Kamera mencipta fail dan menyimpannya setiap kali anda menangkap syot kilat, merakam filem atau melakukan sebarang operasi lain yang menyimpan data. Fail dikumpulkan dengan menyimpannya dalam folder. Setiap fail dan folder mempunyai nama uniknya sendiri. • Untuk butiran cara folder disusun dalam memori, lihat “Struktur Folder Memori” (halaman 170). Nama dan Bilangan Maksimum Dibenarkan Contoh Setiap folder boleh mengandungi sehingga 9999 fail yang dinamakan CIMG0001 hingga CIMG9999.
Data Kad Memori Kamera menyimpan imej yang anda tangkap mengikut Peraturan Reka Bentuk untuk Sistem Fail Kamera (DCF). . Mengenai DCF Operasi berikut disokong untuk imej komplian DCF. Namun, harap maklum bahawa CASIO tidak membuat jaminan prestasi mengenai operasi ini. • Memindahkan imej komplian DCF kamera ini ke kamera pengilang lain dan melihatnya. • Mencetak imej komplian DCF kamera menggunakan pencetak pengilang lain. • Memindahkan imej komplian DCF kamera lain ke kamera ini dan melihatnya. .
. Fail Imej yang Disokong • Fail imej yang ditangkap dengan kamera ini • Fail imej komplian DCF Kamera ini mungkin tidak dapat memaparkan imej, walaupun ia komplian DCF. Apabila memaparkan imej yang dirakam pada kamera lain, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk imej muncul pada skrin monitor kamera ini. . Peringatan Pengendalian Memori Terbina Dalam dan Data Kad Memori • Setiap kali menyalin kandungan memori ke komputer anda, anda perlu menyalin folder DCIM dan semua kandungannya.
Tetapan Lain (SETTING) Menggunakan Skrin Menu untuk Mengkonfigurasikan Tetapan Lain Seksyen ini menerangkan menu item yang digunakan pada kedua-dua mod RKM dan mod MAIN. 1. Tekan [MENU]. 2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “¥ SETTING”, dan kemudian tekan [6] atau [SET]. 3. Pilih item yang anda mahu dan kemudian ubah tetapannya. • Untuk maklumat mengenai operasi menu, lihat halaman 101.
Melaras Kecerahan Skrin Monitor (Skrin) Item menu: Skrin Auto Dengan tetapan ini, kamera mengesan tahap cahaya sedia ada dan secara automatik melaras kecerahan skrin monitor. +2 Kecerahan lebih daripada +1, menyebabkan skrin mudah dilihat. Tetapan ini menggunakan lebih banyak kuasa. +1 Tetapan cerah untuk penggunaan di luar, dsb. Kecerahan lebih daripada 0. 0 Kecerahan skrin monitor biasa untuk penggunaan di dalam bangunan, dsb.
Mencipta Folder Simpanan Imej (Cipta Folder) Item menu: Buat Folder Buat Folder Mencipta folder dengan nombor yang unik (halaman 169). Fail akan disimpan dalam folder baharu bermula dari masa anda merakam imej berikutnya. Batal Membatalkan penciptaan folder. • Memadam semua fail dalam folder menyebabkan folder itu turut dipadam.
Pengesanan Orientasi Imej dan Pemutaran Auto (Putar Auto) Item menu: Putaran Hidup Memutar imej yang dipaparkan mengikut orientasi kamera semasa imej dirakamkan. Mati Imej tidak diputar secara automatik. Tetapan ini boleh digunakan untuk mengkonfigurasi kamera untuk memaparkan imej main semula dalam orientasi yang sama seperti kamera apabila imej ditangkap. Menentukan Peraturan Penjanaan Nombor Siri Nama Fail (No. Fail) Item menu: No.
Mengkonfigurasi Tetapan Keadaan Tidur (Tidur) Item menu: Tidur Ciri ini mematikan skrin monitor dan menyalakan lampu belakang (hijau) apabila tiada operasi kamera dilakukan untuk tempoh masa yang telah dipraset. Tekan mana-mana butang untuk menghidupkan kembali skrin monitor. Tetapan Masa Pemicu: 30 saat, 1 min, 2 min, Mati (Tidur dinyahdaya apabila “Mati” dipilih.) • Tidur dinyahdaya di bawah mana-mana keadaan berikut.
Menentukan Operasi semasa Skrin Monitor Disengetkan (Skrin Senget) Item menu: Kcondngn Skrn Kuasa Hidup Hidupkan kamera apabila skrin monitor disengetkan. Kuasa Hidup/ Mati Hidupkan kamera apabila skrin monitor disengetkan, dan matikannya apabila skrin monitor dikembalikan ke kedudukan biasanya. Mati Tiada operasi hidup/mati dijalankan apabila skrin monitor disengetkan atau dikembalikan ke kedudukan biasalnya.
Mengkonfigurasi Tetapan Waktu Dunia (Waktu Dunia) Item menu: Waktu Dunia Anda boleh menggunakan skrin Waktu Dunia untuk melihat waktu semasa dalam zon yang berbeza daripada Bandar Rumah anda apabila anda pergi melancong, dsb. Waktu Dunia memaparkan waktu semasa di 162 bandar di 32 zon waktu di seluruh dunia. 1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Destinasi” dan kemudian tekan [6]. • Untuk menukar kawasan geografi dan bandar bagi waktu di mana anda biasanya menggunakan kamera, pilih “Rumah”. 2.
Tetapan Jam’Kamera (Laras) Item menu: Laras Apabila tetapan tarikh dan masa adalah apa yang anda mahu, tekan “Guna” dan kemudian tekan [SET] untuk menggunakannya. [8] [2] Tukar tetapan di lokasi kursor [4] [6] Alih kursor di antara tetapan • Untuk bertukar antara penjagaan masa 12 jam dengan 24 jam, alihkan kursor ke “am (pm)” dan “24h” (yang akan dipaparkan) dan kemudian gunakan [8] dan [2] untuk menukar tetapan. • Anda boleh menentukan tarikh dari 2001 hingga 2049.
Menentukan Bahasa Paparan (Language) Item menu: Language . Tentukan bahasa paparan yang anda mahu. Pilih tab bawah “¥”. Pilih “Language”. Pilih bahasa yang anda mahu. • Model kamera yang dijual di kawasan geografi tertentu mungkin tidak menyokong pemilihan bahasa paparan. Memilih Kaedah Output Terminal HDMI (Output HDMI) Item menu: Output HDMI • Lihat halaman 127 untuk butiran.
Menetapkan Semula Kamera ke Lalai Kilang (Set Semula) Item menu: Set Semula Lihat halaman 207 untuk butiran mengenai tetapan lalai kilang bagi kamera. Tetapan di bawah tidak ditetapkan semula. Tetapan Waktu Dunia, tetapan jam, gaya tarikh, bahasa skrin, kata laluan WLAN • Menetapkan semula kamera tidak akan menyahpasangkan ia daripada telefon pintar (halaman 148). • Menetapkan semula kamera menyebabkan tetapan Mod Pesawat (halaman 153) menjadi “Mati”.
Lampiran Peringatan Keselamatan *BAHAYA Simbol ini menandakan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan salah, mewujudkan bahaya kematian atau kecederaan diri yang serius. *AMARAN Penunjuk ini menetapkan perkara yang mempunyai risiko menyebabkan kematian atau kecederaan serius jika produk digunakan dengan salah dengan mengabaikan penunjuk ini.
*BAHAYA • Kegagalan mematuhi peringatan berikut mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan. – Jangan menggunakan atau meninggalkan bateri berdekatan api terbuka. – Jangan mendedahkan bateri pada haba atau api. – Pastikan bateri dihalakan dengan betul semasa mengecasnya. – Jangan bawa atau simpan bateri bersama item yang boleh mengalirkan elektrik (rantai, grafit pensel dsb.).
*AMARAN . Asap, bau yang luar biasa, pemanasan lampau dan keluarbiasaan lain $ • Penggunaan berterusan kamera ketika ia mengeluarkan asap atau bau pelik, atau semasa ia terlampau panas mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas. 1. Matikan kamera. 2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera, cabut palam kuasa daripada soket kuasa.
*AMARAN • Penyalahgunaan penyesuai USB-AC boleh merosakkannya, mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut. – Jangan letak objek berat di atas penyesuai USB-AC atau dipanaskan secara langsung. – Jangan ubah suai penyesuai USB-AC, membiarkannya rosak, atau membengkokkannya secara paksa. – Jangan belit atau tarik kord kuasa. – Apabila digunakan, letakkan kord di tempat yang ia tidak akan mengganggu laluan.
*AMARAN . Penceraian dan Pengubahsuaian • Jangan cuba menceraikan kamera atau mengubahsuainya dalam sebarang cara. Perbuatan itu mewujudkan risiko kejutan elektrik, kecederaan terbakar dan kecederaan diri lain. Pastikan semua pemeriksaan dalaman, penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan oleh peruncit anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO yang terdekat. .
*AMARAN - • Jangan guna fungsi wayarles kamera apabila berdekatan peranti digital berkejituan tinggi atau peranti digital yang menggunakan isyarat lemah. Berbuat demikian boleh mengganggu operasi normal peranti digital dan menyebabkan risiko kemalangan. • Apabila menggunakan fungsi wayarles kamera, jauhkannya dari individu yang memakai perentak jantung. Kemagnetan yang terhasil daripada kamera mungkin menjejaskan perentak jantung dan peranti perubatan lain.
*AWAS . Bateri Boleh Cas Semula • Jika pengecasan bateri tidak berhenti dalam masa pengecasan yang dinyatakan, berhenti mengecas dan hubungi pusat perkhidmatan sah CASIO tempatan anda. Berterusan mengecas mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan. • Pastikan membaca dokumen pengguna yang disertakan bersama kamera dan unit pengecas khas sebelum mengguna atau mengecas bateri. • Simpan bateri di tempat yang tidak dapat dicapai oleh bayi dan kanakkanak.
*AWAS . Skrin Monitor • Jangan mengenakan tekanan yang kuat pada permukaan panel LCD atau mengenakannya dengan hentakan yang kuat. Perbuatan itu boleh menyebabkan keretakan pada kaca panel paparan dan menyebabkan kecederaan pada diri sendiri. • Jika skrin monitor retak, jangan menyentuh sebarang cecair di dalam skrin monitor. Perbuatan itu mewujudkan risiko keradangan kulit. • Jika cecair skrin monitor termasuk ke dalam mulut anda, segera berkumur-kumur dan hubungi pakar perubatan anda.
Peringatan Semasa Penggunaan . Peringatan Ralat Data Kamera digital anda dihasilkan menggunakan komponen digital kepersisan. Manamana yang berikut mewujudkan risiko kerosakan data dalam memori kamera.
. Menjaga kamera anda • Jangan menyentuh kanta atau tetingkap denyar dengan jari anda. Kesan jari, kotoran dan benda asing lain pada kanta atau tetingkap denyar boleh menganggu pengendalian kamera yang betul. Gunakan penghembus atau cara lain untuk memastikan kanta dan tetingkap denyar bebas daripada kotoran dan debu, dan lap dengan perlahan menggunakan kain lembut yang kering. • Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering. .
Kawasan Penggunaan Sasaran Kamera ini dibuat untuk kegunaan di negara atau kawasan yang disenaraikan di laman web yang dipautkan di bawah. http://world.casio.
• Adobe dan Reader ialah sama ada tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Adobe Systems Incorporated di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. • HDMI, logo HDMI, dan High-Definition Multimedia Interface adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar HDMI Licensing, LLC. • Android dan Google Play ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Google Inc. • App Store ialah tanda perkhidmatan Apple Inc. • iOS ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cisco Systems, Inc.
. Buka Perisian Sumber Produk ini termasuk perisian yang dilesenkan di bawah keadaan lesen di bawah. OpenVG 1.1 Reference Implementation Copyright (c) 2007 The Khronos Group Inc.
"Legal Entity" shall mean the union of the acting entity and all other entities that control, are controlled by, or are under common control with that entity. For the purposes of this definition, "control" means (i) the power, direct or indirect, to cause the direction or management of such entity, whether by contract or otherwise, or (ii) ownership of fifty percent (50%) or more of the outstanding shares, or (iii) beneficial ownership of such entity.
2. Grant of Copyright License. Subject to the terms and conditions of this License, each Contributor hereby grants to You a perpetual, worldwide, non-exclusive, no-charge, royalty-free, irrevocable copyright license to reproduce, prepare Derivative Works of, publicly display, publicly perform, sublicense, and distribute the Work and such Derivative Works in Source or Object form. 3. Grant of Patent License.
wherever such third-party notices normally appear. The contents of the NOTICE file are for informational purposes only and do not modify the License. You may add Your own attribution notices within Derivative Works that You distribute, alongside or as an addendum to the NOTICE text from the Work, provided that such additional attribution notices cannot be construed as modifying the License.
9. Accepting Warranty or Additional Liability. While redistributing the Work or Derivative Works thereof, You may choose to offer, and charge a fee for, acceptance of support, warranty, indemnity, or other liability obligations and/or rights consistent with this License.
See the License for the specific language governing permissions and limitations under the License. Apache License Version 2.0, January 2004 http://www.apache.org/licenses/ TERMS AND CONDITIONS FOR USE, REPRODUCTION, AND DISTRIBUTION 1. Definitions. "License" shall mean the terms and conditions for use, reproduction, and distribution as defined by Sections 1 through 9 of this document. "Licensor" shall mean the copyright owner or entity authorized by the copyright owner that is granting the License.
submitted to Licensor for inclusion in the Work by the copyright owner or by an individual or Legal Entity authorized to submit on behalf of the copyright owner.
excluding those notices that do not pertain to any part of the Derivative Works; and (d) If the Work includes a "NOTICE" text file as part of its distribution, then any Derivative Works that You distribute must include a readable copy of the attribution notices contained within such NOTICE file, excluding those notices that do not pertain to any part of the Derivative Works, in at least one of the following places: within a NOTICE text file distributed as part of the Derivative Works; within the Source form
8. Limitation of Liability.
Bekalan Kuasa Mengecas . Jika lampu belakang kamera mula berkelip merah... Jika lampu belakang mula berkelip merah ketika pengecasan, ia bermakna pengecasan lebih lanjut tidak mungkin kerana salah satu sebab di bawah. Lakukan tindakan seperti yang diterangkan di bawah untuk membetulkan masalah tersebut dan kemudian cuba mengecas semula.
Peringatan Bateri . Peringatan semasa Penggunaan • Pengendalian yang diberikan oleh bateri dalam keadaan sejuk selalunya adalah kurang daripada pengendalian pada suhu biasa. Ini adalah kerana sifat bateri itu sendiri, bukannya kamera. • Cas bateri di kawasan yang bersuhu dalam julat 15°C hingga 35°C. Di luar julat suhu ini pengecasan boleh mengambil masa yang lama dari biasa ataupun gagal. • Jangan mengoyak atau menanggal label di luar bateri.
Menggunakan Kad Memori Lihat halaman 28 untuk maklumat mengenai kad memori yang disokong dan cara memuat kad memori. . Menggunakan Kad Memori • Kad memori SD, kad memori SDHC dan kad memori SDXC mempunyai suis perlindungan tulis. Gunakan Tulis didayakan suis apabila anda perlu melindungi daripada terpadam data secara tidak sengaja.
. Membuang atau Memindah Pemilikan Kad Memori atau Kamera Fungsi format dan padam kamera tidak benar-benar memadamkan fail daripada kad memori. Data asal kekal pada kad. Harap maklum bahawa tanggungjawab untuk data pada kad memori terletak di bahu anda. Prosedur berikut disarankan setiap kali anda membuang kad memori atau kamera atau jika anda memindahkan hak milik kepada pihak lain.
Set Semula Tetapan Lalai Awal Jadual dalam bahagian ini menunjukkan tetapan lalai asal yang telah dikonfigurasi untuk item menu (dipaparkan apabila anda menekan [MENU]) selepas anda mengeset semula kamera (halaman 181). Item menu bergantung pada sama ada kamera berada dalam mod RKM atau mod MAIN. • Sengkang (–) menunjukkan item yang tetapannya tidak diset semula atau item yang tiada tetapan set semula. • Bergantung pada mod rakaman, beberapa item dalam menu yang muncul mungkin tidak boleh digunakan. .
Memori GELUNG FUNGSI: Hidup / CS: Mati / Denyar: Hidup / Fokus: Mati / ISO: Mati / Imbangan Putih: Mati / Pendedahan: Mati / Kws AF: Hidup / Permeteran: Mati / Pemasa kendiri: Mati / Kekuatan Denyar: Mati / Zum (SR): Hidup / Zum Digital: Hidup / Posisi MF: Mati / Posisi Zum: Mati .
. ¥ SETTING Mod EKO Mati PLAY Kuasa Hidup Skrin Auto Kekunci Padam Didayakan Waktu Dunia – Laras – Bunyi Permulaan: Bunyi 1 / Pengatup Separa: Bunyi 1 / Pengatup: Bunyi 1 / Operasi: Bunyi 1 / Kelantgn Operasi: 3 / Kelntgn Main Sml: 3 Gaya Tarikh – Language – Output HDMI Auto Format – Set Semula – Versi – Buat Folder – Cap Masa Mati Putaran Hidup No. Fail Teruskan Tidur 1 min Mati Kuasa Auto 5 min Kcondngn Skrn Kuasa Hidup .
Apabila mengalami masalah... Pencarisilapan Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Bekalan Kuasa Kuasa tidak hidup. 1)Bateri mungkin tidak dimasukkan dengan betul (halaman 21). 2)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 22). Jika bateri mati sejurus dicas, ini bermakna bateri telah mencapai hujung hayatnya dan perlu diganti. Beli bateri ion litium boleh cas semula CASIO NP-130A yang tersedia secara berasingan. Kamera terpadam secara tiba-tiba.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Subjek tidak tepat fokusnya dalam imej yang dirakam. Imej mungkin tidak difokuskan dengan betul. Semasa menyediakan imej, pastikan subjek terletak di dalam bingkai fokus. Denyar tidak nyala. 1)Jika ? (Denyar Mati) dipilih sebagai mod denyar, tukar ke mod lain (halaman 52). 2)Jika bateri lemah, caskannya (halaman 22).
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Imej yang direkod tidak disimpan. 1)Kuasa kamera mungkin telah dimatikan sebelum operasi simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak disimpan. Jika penunjuk bateri menunjukkan , cas bateri secepat mungkin (halaman 26). 2)Anda mungkin telah mengeluarkan kad memori daripada kamera sebelum operasi simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak disimpan. Jangan keluarkan kad memori sebelum operasi simpan selesai.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Saya tidak dapat menukar tetapan item menu. Item menu untuk beberapa tetapan tidak dipaparkan pada menu. Beberapa item menu mungkin tidak tersedia, bergantung pada mod rakaman yang digunakan. Semasa PRO Auto Premium sedang digunakan, hanya item menu yang tetapannya boleh dikonfigurasikan akan dipaparkan pada menu. Main semula Warna imej main semula berbeza daripada apa yang kelihatan di skrin monitor semasa penggambaran.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Lain-lain Tarikh dan masa yang salah dipaparkan, atau tarikh dan masa yang salah disimpan bersama data imej. Tetapan tarikh dan masa adalah salah. Tetapkan tarikh dan masa yang betul (halaman 179). Mesej yang dipaparkan adalah dalam bahasa yang salah. Bahasa paparan yang salah telah dipilih. Tukar tetapan bahasa paparan (halaman 180). Imej tidak boleh dipindah melalui sambungan USB. 1)Kabel USB mungkin tidak disambungkan dengan betul.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Tetapan masa dan tarikh yang dikonfigurasi kali pertama selepas membeli kamera diset semula ke lalai kilang apabila saya mengeluarkan bateri kamera. Masukkan bateri kamera dan konfigurasi semula tetapan masa dan tarikh (halaman 26). Jangan keluarkan bateri daripada kamera sekurang-kurangnya 24 jam selepas mengkonfigurasi tetapan masa dan tarikh. Selepas itu, tetapan tidak akan set semula jika anda mengeluarkan bateri.
Mesej Paparan ALERT Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan kerana suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan tunggu sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk menggunakannya semula. Bateri lemah. Kuasa bateri rendah. Tidak dapat mencari fail. Imej yang anda nyatakan dengan tetapan “Imej” pertunjukan slaid tidak dapat ditemui. Tukar tetapan “Imej” (halaman 130) dan cuba semula. RALAT Kad Ada masalah dengan kad memori.
Memori Penuh Memori penuh dengan imej yang anda rakam dan/atau fail yang disimpan oleh operasi penyuntingan. Apabila menangkap dengan CS Prarakam, mesej ini menunjukkan kapasiti memori tidak mencukupi bagi merakam semua imej yang diprarakam. Padam fail yang anda tidak perlukan lagi (halaman 38). Ralat Rakaman Pemampatan imej tak dapat dilakukan kerana sesuatu sebab semasa perakaman data imej. Laksanakan operasi zum bagi menukar komposisi imej dan tangkap sekali lagi.
Tangkapan Gambar/Masa Rakaman Filem Syot Kilat Saiz Imej (Piksel) 12 M (4000x3000) 3:2 (4000x2656) 16:9 (4000x2240) 8M (3264x2448) 3M (2048x1536) Kualiti Saiz Fail Memori Terbina Dalam*1 Kapasiti Rakaman Kad Memori SD*2 Kapasiti Rakaman Halus 7.87 MB 4 1453 Normal 4.13 MB 7 2221 Halus 6.87 MB 5 1672 Normal 3.62 MB 8 2549 Halus 5.66 MB 6 2019 Normal 3.0 MB 9 3048 Halus 5.66 MB 6 2019 Normal 3.0 MB 9 3048 Halus 2.0 MB 14 4669 Normal 1.
Filem Memori Terbina Dalam*1 Kapasiti Rakaman Masa Rakaman Maksimum dengan Kad Memori SD*2 Saiz Fail Filem 1 minit Masa Rakaman Berterusan setiap Filem*3 14.2 Megabit/saat (30 bingkai/saat) 25 saat *4 2 jam 13 minit 106.5 MB 29 minit HD (1280x720) (Stereo) 10.9 Megabit/saat (12, 15, 20, 30 bingkai/saat) 33 saat *5 2 jam 53 minit *5 81.8 MB *5 29 minit *5 STD (640x480) (Stereo) 3.9 Megabit/saat (30 bingkai/saat) 1 minit 34 saat 8 jam 12 minit 29.
*4 Kadar pemindahan data memory terbina tidak mencukupi untuk filem FHD dan HS. Di mana yang mungkin gunakan kad memori Jenis Berkelajuan Tinggi Ultra (halaman 28, 75). *5 Nilai-nilai semasa menangkap dengan Art Shot. *6 Masa boleh rakam apabila seluruh filem dirakam pada 30 fps. Masa rakaman lebih pendek jika kadar kerangka 30 fps ditukar kepada 120 fps atau 240 fps semasa rakaman. • Nilai kapasiti syot kilat dan rakaman filem adalah anggaran dan bertujuan untuk rujukan sahaja.
Spesifikasi Format Fail Syot kilat: RAW (DNG)*, JPEG (Exif Versi 2.3; standard DCF 2.0; komplian DPOF) Filem: Format MOV, standard H.264/AVC, IMA-ADPCM (stereo) * Format fail DNG ialah salah satu jenis fail imej RAW, dan ia disyorkan oleh Adobe Systems Incorporated untuk digunakan sebagai format fail imej yang standard. Media Rakaman Memori Terbina Dlm (Kaw Smpn Imej: 48.
Keamatan Pendedahan –2.0 EV hingga +2.
Anggaran Hayat Bateri Semua nilai yang disediakan di bawah menunjukkan anggaran jumlah masa di bawah suhu biasa (23°C) sebelum kamera mati. Nilai ini tidak dijamin. Suhu rendah memendekkan hayat bateri.
. Bateri ion litium boleh cas semula (NP-130A) Voltan Berkadar 3.7 V Kemuatan Berkadar 1800 mAh Keperluan Suhu Pengendalian 0 hingga 40°C Dimensi 37.8 (L) x 44.8 (T) x 11.2 (D) mm (tidak termasuk unjuran) Berat Kira-kira 38 g . Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Input 100 hingga 240 V AC, 50/60 Hz, 100 mA Output 5.
CASIO COMPUTER CO., LTD.