User manual
101
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Berikut adalah menu operasi yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi
berbagai tetapan kamera.
• Anda juga boleh menggunakan Panel Kawalan (halaman 43) untuk
mengkonfigurasi beberapa tetapan yang muncul di skrin menu. Rujuk pada
rujukan halaman yang disediakan dalam bahagian ini untuk maklumat mengenai
mengkonfigurasi tetapan menggunakan Panel Kawalan.
1. Dalam mod RKM, tekan [MENU].
Ini akan memaparkan skrin menu (
r
REC MENU).
• Kandungan menu berbeza dalam mod RKM (r
REC MENU) dan mod MAIN (p PLAY MENU).
2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk
memilih tab “r REC MENU” dan kemudian
tekan [6] atau [SET].
• Untuk mengkonfigurasi tetapan pada “p PLAY
MENU”, pilih tab “p PLAY MENU” (yang
dipaparkan dalam mod MAIN).
Untuk mengkonfigurasi tetapan lain, pilih tab “¥
SETTING” (halaman 172).
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item
menu yang anda mahu dan kemudian tekan
[6] atau [SET].
• Mengendalikan pengawal zum akan memaparkan
halaman item menu sebelumnya atau seterusnya.
4. Gunakan [8] dan [2] untuk menukar tetapan
item menu yang dipilih.
5. Setelah tetapan adalah seperti yang anda
mahukan, tekan [SET] untuk mengenakan
tetapan dan kembali ke skrin pemidang tilik.
• Menekan [MENU] membatalkan pilihan semasa dan kembali ke skrin menu.
• Untuk meneruskan dengan konfigurasi item tetapan lain, tekan [4] dan
bukannya [SET], alihkan sempadan pemilihan ke item tetapan seterusnya dan
kemudian gunakan [8] dan [2] untuk mengubah tetapan yang dipilih.
Kemudian, tekan [6].
• Menekan butang pengatup atau [p] (MAIN) mengganggu operasi menu dan
membawa anda keluar dari skrin menu.
• Bergantung pada mod rakaman, sesetengah item dalam menu mungkin akan
dikaburkan, yang menunjukkan ia tidak tersedia. Semasa PRO Auto Premium
sedang digunakan, hanya item menu yang tetapannya boleh dikonfigurasikan akan
dipaparkan pada menu.
Menggunakan Skrin Menu untuk Mengkonfigurasi Tetapan
Rakaman
[MENU]
[SET]
[8] [2] [4] [6]
Item
Contoh:
Apabila “Pemasa kendiri”
dipilih di tab “
r
REC
MENU”
Tab










