User manual

98
Menggunakan BEST SHOT
Keadaan berikut tidak serasi dengan rakaman Syot Lebar.
Subjek yang mempunyai kecerahan berbeza daripada persekitarannya kerana
cahaya buatan, cahaya matahari, dsb.
Sungai, ombak, air terjun, atau benda lain yang sentiasa berubah pola
Langit, pantai, atau benda lain dengan pola berterusan
Kamera terlalu dekat dengan subjek utama
Subjek bergerak
Menyorot ke arah atas pada pencakar langit atau struktur atau objek lain yang
sangat tinggi
Persekitaran gelap
Mana-mana yang berikut boleh menyebabkan operasi Syot Lebar berhenti
separuh jalan.
Pergerakan kamera atau subjek
Pergerakan kamera terlalu laju atau terlalu perlahan
Pergerakan kamera di luar laluan yang dikehendaki
Pergerakan kamera dalam arah yang salah
Merakam imej Syot Lebar selepas menekan separa butang pengatup untuk
melakukan Fokus Auto mungkin tidak memberikan hasil yang dikehendaki jika ada
perbezaan ketara antara kecerahan, warna, dan/atau fokus imej individu. Jika ini
berlaku, cuba tukar posisi fokus dengan memfokus subjek lain, dsb.
Oleh sebab imej Syot Lebar dihasilkan dengan menggabungkan berbilang imej,
mungkin ada ketakrataan di tempat dua imej digabungkan.
Merakam dengan sumber cahaya berkelip (seperti lampu pendarflour) mungkin
menyebabkan ketakrataan kecerahan dan/atau warna dalam imej Syot Lebar
akhir.
Pendedahan dan imbangan putih apabila merakam imej Syot Lebar ditetapkan
pada tahap yang diukur apabila anda menekan separa butang pengatup pada
permulaan operasi.
Dengan pemandangan BEST SHOT ini, tetapan denyar secara automatik menjadi
? (Denyar Mati).
Anda boleh mengkonfigurasikan kamera bagi menyimpan imej RAW
* bersama-sama
imej JPEG standard apabila menangkap syot kilat. Data imej RAW disimpan dalam
folder kamera yang bernama “RAW” (halaman 170).
* Imej RAW ialah data imej (sambungan nama fail .DNG) yang belum diproses
secara dalaman oleh kamera. Oleh sebab tiada kemerosotan imej, fail RAW
memberikan lebih kebebasan kreativiti apabila digunakan dengan perisian yang
menyokong fail format DNG kegunaan umum.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Imej RAW” (halaman 86).
Saiz imej ditetapkan pada 12M apabila merakam dengan fungsi ini.
Zum SR Tunggal dan Zum Digital tidak boleh digunakan dengan fungsi ini. Hanya
zum optik boleh digunakan, sehingga faktor zum maksimum 1.4X (35mm apabila
ditukarkan kepada filem 35mm).
Merakam data imej RAW tidak disokong untuk rakaman filem.
Merakam Imej RAW (Imej Raw)
D