User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
109
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
• Fokus Auto dinyahdayakan apabila “MF” (Fokus Manual) dipilih untuk mod fokus
(halaman 44), walaupun anda memilih kawasan AF.
• Memilih “O Penjejakan” boleh menyebabkan getaran dan hingar berlaku kerana
operasi kanta semasa menjejak subjek. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan.
• Dengan beberapa pemandangan BEST SHOT, terdapat batasan penggunaan
tetapan kawasan AF. Disebabkan ini, anda mungkin tidak dapat menggunakan
tetapan tertentu atau anda mungkin tidak dapat menentukan sebarang tetapan
Kawasan AF.
• Apabila Pengecaman Muka (halaman 107) dihidupkan, tanpa mengira tetapan
Kws AF semasa, pemfokusan “U Titik” (tengah) akan digunakan secara
automatik apabila muka tidak dapat dikesan atas sebab tertentu.
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” * Mekap
Untuk butiran, lihat prosedur Panel Kawalan pada halaman 47.
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
AF Berterusan
Apabila merakam syot kilat semasa “Hidup” dipilih untuk AF Berterusan, Fokus Auto
dijalankan dan pemfokusan dikemas kini berterusan sehingga anda menekan
separuh butang pengatup.
• Sebelum anda menekan separuh butang pengatup, kamera memfokus di bahagian
tengah skrin. Jika “Pengecaman Muka” dihidupkan apabila anda menekan separuh
butang pengatup, pemfokusan dijalankan di kawasan muka dikesan.
• Merakam dengan AF Berterusan boleh menyebabkan getaran dan hingar berlaku
kerana operasi kanta. Ini tidak bermakna berlaku kerosakan.
Merakam Potret Indah (Mekap)
Merakam dengan Fokus Auto Berterusan (AF Berterusan)