User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
114
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Bantuan Ikon
Semasa Bantuan Ikon dihidupkan, keterangan teks akan muncul pada paparan bagi
ikon tertentu apabila anda bertukar fungsi RKM.
Fungsi yang Disokong oleh Bantuan Ikon
• Mod rakaman
• Pilihan yang ada untuk tetapan “Kekunci Kiri/Knn”
• Amaran pendedahan apabila butang pengatup ditekan separuh
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “
r
REC MENU” *
Maklumat Rakaman
Anda boleh gunakan prosedur di atas bagi memaparkan grid atau histogram, atau
julat rakaman filem di skrin monitor semasa rakaman.
Menggunakan Bantuan Ikon (Bantuan Ikon)
Menukar Skrin Monitor semasa Merakam
(Maklumat Rakaman)
Grid
Memilih “Hidup” untuk tetapan ini
memaparkan garisan grid di skrin
monitor. Garisan grid memberikan
rujukan yang membantu anda
memastikan kamera lurus menegak
atau melintang.
Histogram
Memilih “Hidup” untuk tetapan ini
memaparkan histogram di skrin
monitor. Histogram ini membolehkan
anda melihat maklumat pendedahan
semasa merakam.
• Penggunaan denyar dan keadaan penggambaran tertentu
boleh menyebabkan histogram menunjukkan pendedahan
yang berbeza daripada pendedahan sebenar imej semasa ia
ditangkap.
• Histogram tidak boleh dipaparkan semasa rakaman filem
berkelajuan tinggi.
Histogram