User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
125
Melihat Syot kilat dan Filem
1. Guna kabel HDMI yang dijual
secara komersil untuk
menyambungkan kamera pada TV.
• Guna kabel HDMI yang dijual secara
komersial dan ditanda dengan logo yang ditunjukkan di sebelah kanan.
• Pastikan kamera dimatikan sebelum menyambung atau menanggalkan kabel.
Semak dokumentasi pengguna yang diberikan bersama TV untuk
mendapatkan maklumat tentang keperluan sebelum menyambung atau
menanggalkannya daripada TV.
• Output ke TV tidak disokong semasa kamera dalam mod RKM kecuali “Output TV
HDMI” (halaman 94).
2. Pasang TV dan pilih mod input HDMInya.
Jika TV mempunyai lebih daripada satu input HDMI, pilih input di mana kamera
disambungkan.
3. Hidupkan kamera dan tekan [p] (MAIN).
Ini akan menyebabkan imej muncul di skrin TV, tanpa sesuatu pun muncul pada
skrin monitor kamera.
4. Kini anda boleh memapar imej dan main semula filem seperti yang
biasa anda lakukan.
• Audio pada awalnya dikeluarkan oleh kamera pada kelantangan maksimum.
Ketika pertama kali anda memaparkan imej, tetapkan kawalan kelantangan TV
pada aras yang agak rendah dan kemudian laraskannya mengikut keperluan.
Melihat Syot Kilat dan Filem pada Skrin TV
Penyambung HDMI
Kabel HDMI
(dijual secara
komersil)
Penyambung mikro HDMI
Input HDMI
Output HDMI (mikro)