User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

126
Melihat Syot kilat dan Filem
Gunakan kabel HDMI dengan palam yang serasi dengan penyambung mikro HDMI
kamera pada satu hujung, dan palam yang serasi dengan penyambung HDMI TV
anda pada hujung satu lagi.
Imej dan/atau output audio yang baik dan operasi lain mungkin tidak dapat
dilakukan dengan peranti tertentu.
Menyambungkan kamera kepada penyambung HDMI peranti lain boleh
merosakkan kamera dan peranti lain. Jangan sekali-kali anda sambung dua
penyambung output HDMI.
Tanggalkan kabel HDMI jika tidak menggunakan output HDMI. Skrin monitor
kamera mungkin tidak beroperasi seperti biasa semasa kabel HDMI disambung.
. Memilih Kaedah Output Terminal HDMI (Output HDMI)
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * Output HDMI
Guna tetapan ini untuk memilih format isyarat digital apabila menyambung kepada
TV menggunakan kabel HDMI.
* 1080i sepadan dengan 1080 60i, tetapi tidak 1080 50i. Jadi, kaedah output yang
diperlukan mungkin 576p apabila output ke TV digital dalam kawasan penerimaan
PAL yang tidak menyokong 1080i 60i. Jika anda dalam kawasan penerimaan PAL
dan tiada satu pun dipaparkan secara automatik, tukar tetapan kepada 576p.
Jika imej tidak muncul apabila “Auto dipilih sebagai kaedah output, cuba menukar
tetapan ini kepada yang lain.
Tetapan “Output HDMI” tidak boleh diubah selagi ada sambungan kabel HDMI
antara kamera dengan TV. Tanggalkan kabel HDMI daripada kamera untuk
mengubah tetapan “Output HDMI”.
Auto
Tetapan ini akan menyebabkan format bertukar secara automatik
mengikut TV yang disambung. Biasanya, anda harus guna mod ini.
1080i Output format 1080i *
480p Output format 480p
576p Output format 576p