User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

15
Asas Mula Pantas
Asas Mula Pantas
Kamera CASIO anda penuh dengan pilihan ciri dan fungsi berkuasa untuk
memudahkan rakaman imej digital, termasuk fungsi utama berikut.
Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda
Skrin Monitor Boleh Senget
Skrin monitor kamera boleh disengetkan ke atas
sehingga 180 darjah. Ini memudahkan anda
menggubah potret sendiri dan menangkap dari
sudut rendah.
Potret Sendiri Bebas Tangan
Anda boleh mengawal operasi pemasa sendiri dari
jauh dengan melambai tangan anda, yang
memudahkan anda menangkap potret sendiri dari
jauh.
Filem Selang Masa
Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk merakam
filem peristiwa sebenar yang berlaku, untuk melajukan
aliran trafik dalam pemandangan bandar, atau untuk
merakam jenis filem lain yang serupa.
Kelompok Mekap (Mekap BKT)
Kelompok Mekap (Mekap BKT) membolehkan anda
merakam imej yang sama dalam tiga versi dengan
menekan butang pengatup, setiap satu dengan tetapan
Tona Kulit yang berbeza.
ART SHOT
Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek
harian biasa tampak lebih baru dan jadi lebih menarik.
“ART SHOT” menyediakan kesan berikut: Seni HDR,
Kamera Mainan, Fokus Lembut, Tona Lembut,
Terserlah, Sepia, Monokrom, Miniatur, Mata ikan, Syot
Berkilau, Bola kristal, Kumpulan ART SHOT.
180 darjah
*Lihat halaman 17 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 61 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 75 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 67 untuk maklumat lanjut.
*Lihat halaman 64 untuk maklumat lanjut.