User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

151
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
8. Selepas penghantaran imej selesai, lakukan mana-mana operasi yang
diterangkan di bawah.
“Preview photo in Scene app”. Anda boleh gunakan apl Scene* pada telefon
pintar untuk melihat imej yang dihantar.
“Send to SNS”. Memaparkan skrin muat naik perkhidmatan rangkaian sosial.
“To TOP Panel”. Kembali ke skrin ATAS.
* Apl Scene ialah apl pengurusan imej oleh Ripplex Inc. Ia membolehkan imej
dipaparkan pada kelajuan tinggi dan album dikongsi dengan rakan-rakan.
Jika anda tidak mahu menggunakan apl Scene, ketik “Settings” pada sudut
atas kanan skrin ATAS EXILIM Remote, dan kemudian pilih “Off” untuk
“Launch Scene Application”.
•“Û” dipaparkan pada skrin kamera semasa terdapat sambungan LAN wayarles
antara kamera dan telefon pintar.
Anda boleh tetapkan saiz syot kilat yang dihantar ke telefon pintar menggunakan
“Saiz sml sblm hntr” (halaman 153).
Anda boleh guna aplikasi telefon pintar di bawah untuk melihat syot kilat selepas
menghantarnya.
iPhone: Camera Roll
Terminal Android: Gallery atau aplikasi pelayar foto lain