User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

154
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Anda boleh menggunakan fungsi ini untuk membolehkan sehingga lapan telefon
pintar dan/atau komputer untuk mengakses foto dan filem dalam memori kamera
untuk melihat dan memuat turun. Telefon pintar tidak memerlukan pemasangan
aplikasi EXILIM Remote untuk mengakses imej kamera menggunakan fungsi ini.
1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU].
2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “
p
PLAY MENU”,
dan kemudian tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Lihat di telefon” dan kemudian
tekan [SET].
Ini mewujudkan sambungan antara telefon pintar dan kamera, dan memaparkan
sebuah URL.
Jika mesej “Sambung telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 145).
Selepas kira-kira 60 saat, skrin monitor kamera akan menjadi kosong.
Menekan [SET] akan menyebabkan imej muncul semula.
4. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi pelayar.
Pelayar secara automatik akan mengakses URL yang dipaparkan oleh kamera
dalam 3 langkah prosedur ini dan memaparkan imej yang disimpan dalam
memori kamera.
Jika tiada imej kamera muncul secara automatik,
masukkan URL ke dalam pelayar secara
manual.
Untuk keluar daripada fungsi LAN wayarles,
tekan [MENU].
Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak dapat memainkan semula fail filem.
Anda juga boleh melihat imej dalam ingatan kamera pada pelayar komputer
dengan membuat sambungan LAN wayarles dengan komputer.
Melihat Syot Kilat dan Filem dalam Ingatan Kamera pada
Telefon Pintar (Lihat di telefon)
URL