User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
157
Percetakan
. Untuk menetapkan bilangan salinan bagi imej tertentu dalam
kumpulan
1. Semasa main semula kumpulan CS sedang berjalan atau dipegunkan,
tekan [2].
Ini akan memaparkan menu “Edit Kumpulan”.
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Cetakan DPOF” dan kemudian
tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pilih Bingkai” dan kemudian
tekan [SET].
4. Gunakan [4] dan [6] untuk menatal imej sehingga imej yang anda
mahu cetak dipaparkan.
5. Gunakan [8] dan [2] untuk menentukan bilangan salinan.
Anda boleh menentukan nilai hingga 99. Nyatakan 00 jika anda tidak mahu
mencetak imej.
• Jika anda mahu menyertakan tarikh dalam imej, tekan [0] (Filem) supaya
“Hidup” ditunjukkan untuk pengecapan tarikh.
• Ulangi langkah 4 dan 5 untuk mengkonfigurasi tetapi bagi imej lain, jika anda
mahu.
6. Tekan [SET].
. Untuk mengkonfigurasikan tetapan DPOF yang sama bagi semua
imej dalam kumpulan
1. Semasa main semula kumpulan CS sedang berjalan atau dipegunkan,
tekan [2].
Ini akan memaparkan menu “Edit Kumpulan”.
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Cetakan DPOF” dan kemudian
tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Bingkaikan semua” dan
kemudian tekan [SET].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk menentukan bilangan salinan.
Anda boleh menentukan nilai hingga 99. Nyatakan 00 jika anda tidak mahu
mencetak imej.
• Jika anda mahu menyertakan tarikh dalam imej, tekan [0] (Filem) supaya
“Hidup” ditunjukkan untuk pengecapan tarikh.
5. Tekan [SET].