User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
166
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan
fail
1. Matikan kamera dan kemudian
gunakan kabel USB mikro yang
disertakan bersama kamera
untuk menyambungnya ke
Macintosh anda.
• Untuk butiran tentang
menyambungkan kamera dan
langkah berjaga-jaga apabila
menyambungkan, lihat halaman
22.
2. Tekan [ON/OFF] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera.
Apabila anda menghidupkan kamera, semak untuk pastikan yang warna lampu
belakang kamera bertukar daripada merah kepada hijau atau ambar (halaman
23). Sila ambil perhatian bahawa dalam kes ini, kanta kamera tidak akan
menjulur dan skrin monitor akan kekal kosong.
Dalam mod ini, Macintosh anda mengenali kad memori yang dimuat dalam
kamera (atau memori terbina dalam kamera jika ia tidak dimuatkan dengan kad
memori) sebagai pemacu. Rupa ikon pemacu bergantung pada versi OS Mac
yang anda gunakan.
• Kali pertama anda menyambungkan kamera ke Macintosh anda menggunakan
kabel USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku,
tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
3. Dwiklik ikon pemacu kamera.
4. Seret folder “DCIM” ke folder di mana anda mahu menyalinnya.
5. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke Trash.
6. Putuskan sambungan kamera daripada komputer.
Selepas mengesahkan lampu belakang tidak berkelip merah, cabut kabel USB.
USB
Port USB
Kabel USB Mikro
(disertakan bersama kamera)