User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

171
Tetapan Lain (SETTING)
Tetapan Lain (SETTING)
Bahagian ini menerangkan item menu yang anda boleh gunakan untuk
mengkonfigurasi tetapan dan melakukan operasi lain dalam kedua-dua mod RKM
dan mod MAIN.
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * Mod EKO
Mendayakan penjimatan kuasa mengurangkan kecerahan skrin monitor dan
menukar operasi kamera yang lain kepada operasi kuasa rendah, yang
membolehkan cas tahan lebih lama dan meningkatkan bilangan imej yang boleh
ditangkap sebelum mengecas semula.
Memilih “Hidup” memasuki “Mod EKO”, yang ditunjukkan oleh e pada skrin monitor.
Kesan penjimatan kuasa “Mod EKO” paling cekap apabila “Auto Program” dipilih
untuk mod rakaman. Penggunaan mod rakaman “Auto Program” disyorkan apabila
menggunakan “Mod EKO”.
Anda boleh mencapai lebih penjimatan kuasa dengan menggunakan “Mod EKO”
dengan gabungan Mati Kuasa Auto (halaman 175) dan Tidur (halaman 175).
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * Skrin
Menghidupkan “Mod EKO” (halaman 171) semasa tetapan “Skrin” +2 atau +1 akan
menyebabkan tetapan “Skrin” bertukar kepada 0.
Untuk maklumat mengenai operasi menu, lihat halaman 96.
Mendayakan Penjimatan Kuasa (Mod EKO)
Melaras Kecerahan Skrin Monitor (Skrin)
Auto
Dengan tetapan ini, kamera mengesan tahap cahaya sedia ada dan secara
automatik melaras kecerahan skrin monitor.
+2
Kecerahan lebih daripada +1, menyebabkan skrin mudah dilihat. Tetapan ini
menggunakan lebih banyak kuasa.
+1 Tetapan cerah untuk penggunaan di luar, dsb. Kecerahan lebih daripada 0.
0 Kecerahan skrin monitor biasa untuk penggunaan di dalam bangunan, dsb.
–1
Kecerahan skrin monitor rendah untuk kegunaan waktu malam, kegunaan di
dalam bangunan dalam keadaan gelap, dll.