User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

175
Tetapan Lain (SETTING)
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * Tidur
Ciri ini mematikan skrin monitor dan menyalakan lampu belakang (hijau) apabila
tiada operasi kamera dilakukan untuk tempoh masa yang telah dipraset.
Tekan mana-mana butang untuk menghidupkan kembali skrin monitor.
Tetapan Masa Pemicu: 30 saat, 1 min, 2 min, Mati (Tidur dinyahdaya apabila “Mati”
dipilih.)
Tidur dinyahdaya di bawah mana-mana keadaan berikut.
Dalam mod MAIN
Semasa kamera disambungkan ke komputer, TV atau peranti lain
Semasa rakaman filem dan main semula
Semasa Tangkapan Jauh
Apabila kedua-dua tidur dan Mati Kuasa Auto dihidupkan, Mati Kuasa Auto
diutamakan.
[MENU] * Tab “¥ SETTING” * Mati Kuasa Auto
Mati Kuasa Auto mematikan kamera apabila tiada operasi kamera dilakukan untuk
tempoh masa yang telah dipraset.
Tetapan Masa Pemicu: 2 min, 5 min, 10 min (Masa pemicu sentiasa 5 minit dalam
mod MAIN.)
Mati Kuasa Auto dinyahdaya di bawah mana-mana keadaan berikut.
Semasa kamera disambungkan pada komputer atau peranti lain
Semasa persembahan slaid
Semasa main semula kumpulan CS
Semasa rakaman Selang Masa
Semasa rakaman filem dan main semula
Semasa Tangkapan Jauh
Mengkonfigurasi Tetapan Keadaan Tidur (Tidur)
Mengkonfigurasi Tetapan Mati Kuasa Auto (Mati Kuasa Auto)