User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
30
Asas Mula Pantas
Imej anda akan kabur jika anda
menggerakkan kamera semasa
anda menekan butang
pengatup. Semasa menekan
butang pengatup, pastikan
kamera dipegang seperti
ditunjukkan dalam ilustrasi, dan
kekalkan kedudukannya dengan
merapatkan lengan anda ke sisi
badan semasa anda
menangkap.
Sambil memastikan kamera
tidak bergerak, perlahan-lahan
tekan butang pengatup dan berhati-hati supaya tidak membuat sebarang pergerakan
semasa pengatup dilepaskan dan beberapa ketika selepas ia dilepaskan. Ini penting
terutamanya apabila pencahayaan rendah, yang melambatkan kelajuan pengatup.
• Berhati-hati supaya jari anda dan tali tidak
melindungi mana-mana kawasan yang
ditunjukkan dalam ilustrasi.
• Untuk mengelak daripada menjatuhkan kamera
secara tidak sengaja, pasang tali tangan dan
pastikan ia berada di keliling jari atau pergelangan
tangan anda semasa anda mengendalikan
kamera.
• Jangan ayun kamera menggunakan talinya.
• Tali yang disediakan bertujuan untuk digunakan
dengan kamera ini sahaja. Jangan gunakannya
untuk sebarang tujuan lain.
• Menangkap imej semasa tetapan “Putaran” kamera adalah “Hidup” akan
menyebabkan imej main semula diputarkan secara automatik kepada orientasi
kamera berada ketika imej dirakamkan (halaman 174).
Memegang Kamera Dengan Betul
Melintang Menegak
Pegang kamera supaya denyar berada di atas
kanta.
Lampu hadapan
Kanta
Denyar