User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
39
Tutorial Syot Kilat
Tutorial Syot Kilat
Kamera anda mempunyai pelbagai mod rakaman yang
berlainan. Sebelum merakam imej, pilih mod rakaman yang
sesuai dengan jenis imej yang anda cuba rakamkan.
1. Dalam mod RKM, tekan [MODE].
2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk
memilih mod rakaman yang anda mahu
gunakan dan kemudian tekan [SET].
• Kepekaan ISO, kelajuan pengatup atau nilai apertur yang dipaparkan akan
bertukar merah apabila anda tekan separuh butang pengatup jika imej lebih
pendedahan atau kurang pendedahan.
Memilih Mod Rakaman
Ÿ PRO Auto Premium
Dengan rakaman PRO Auto Premium, kamera akan menentukan secara
automatik sama ada anda sedang merakam suatu subjek atau pemandangan
dan keadaan lain. Rakaman PRO Auto Premium memberikan kualiti imej yang
lebih baik berbanding rakaman Auto standard (halaman 31).
P Auto Program
Mod Rakaman Auto Standard. Ini adalah mod yang biasanya anda patut
gunakan (halaman 31).
BEST SHOT
Hanya pilih satu daripada pemandangan sampel yang terbina dalam dan
kamera akan menyediakan secara automatik untuk merakam imej yang indah
setiap kali (halaman 79).
ART SHOT
Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian biasa tampak lebih
baru dan jadi lebih menarik (halaman 64).
Selang Masa
Anda boleh gunakan fungsi ini untuk merakam filem yang mempercepatkan
turutan perubahan dalam fenomena semula jadi atau aliran trafik dalam babak
bandar (halaman 75).
Mekap BKT
BKT Mekap membolehkan anda merakam imej yang sama dalam tiga versi
dengan menekan butang pengatup, setiap satu dengan tetapan Tona Kulit
yang berbeza (halaman 67).
[MODE]
b
C
F
Þ