User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
48
Tutorial Syot Kilat
Anda boleh melaraskan secara manual nilai pendedahan imej (nilai EV) sebelum
anda merakam gambar.
• Julat Keamatan Pendedahan: –2.0 EV hingga +2.0 EV
• Unit: 1/3 EV
1. Dalam mod RKM, tekan [SET].
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan
(Anjakan EV).
3. Gunakan [4] dan [6] untuk melaraskan nilai pampasan pendedahan.
4. Tekan [SET].
Ini menetapkan nilai keamatan pendedahan. Nilai keamatan pendedahan yang
anda tetapkan kekal digunakan sehingga anda menukarnya atau mematikan
kamera (yang menyebabkan ia kembali ke “0.0”).
• Semasa membuat penggambaran dalam keadaan yang amat gelap atau amat
terang, anda mungkin tidak dapat memperoleh hasil yang memuaskan meskipun
selepas melakukan keamatan pendedahan.
Membetulkan Kecerahan Imej (Anjakan EV)
[6]: Meningkatkan nilai EV. Nilai EV yang
lebih tinggi adalah yang terbaik untuk
subjek berwarna cerah dan subjek
bercahaya latar.
[4]: Mengurangkan nilai EV. Nilai EV yang
lebih rendah adalah yang terbaik untuk
subjek berwarna gelap dan untuk
penggambaran di luar pada hari yang
cerah.
Untuk membatalkan keamatan pendedahan, tukar nilai EV kepada 0.0.
Nilai pampasan pendedahan