User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

58
Tutorial Syot Kilat
Menekan separuh dan menahan butang pengatup menyebabkan penimbal prarakam
terus dikemas kini dengan imej. Apabila butang pengatup ditekan sepenuhnya,
kandungan penimbal akan dirakam bersama-sama sesiri imej masa sebenar.
Gunakan CS Prarakam apabila anda mahu memastikan anda tidak terlepas aksi-aksi
yang bergerak pantas.
1. Pilih Auto Program sebagai mod rakaman (halaman 39).
2. Tekan [MENU].
3. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “
r
REC MENU”,
dan kemudian tekan [6].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “CS” dan kemudian tekan [SET].
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Kelajuan Tinggi CS” dan
kemudian tekan [SET].
Ini akan menyebabkan ikon mod rakaman pada skrin menjadi Ú.
6. Tekan [SET].
7. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan
(Kelajuan Tinggi CS fps).
8. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih kelajuan pengatup berterusan
(CS) yang anda mahu.
Gunakan tetapan “Kelajuan Tinggi CS fps” yang lebih tinggi apabila
menangkap subjek yang bergerak laju.
9. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan (Syot
CS maksimum).
Merakam dengan CS Prarakam
Butang pengatup
ditekan separuh
Imej yang dirakam (sehingga 30 imej)
Imej diprarakam
Butang pengatup
ditekan sepenuhnya
Butang pengatup
dilepaskan
Perakaman berterusan imej sehingga butang
pengatup dilepaskan