User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

61
Tutorial Syot Kilat
Dengan Mod Bebas Tangan, kamera mencetuskan
kiraan pemasa kendiri secara automatik apabila ia
mengesan pergerakan di sekitar ikon di skrin monitor.
Ini bermakna, anda boleh mengawal operasi pemasa
kendiri dari jauh dengan melambai tangan anda, supaya
anda masuk dalam imej yang dirakam.
1. Pilih satu daripada berikut sebagai mod
rakaman: Auto Program, PRO Auto Premium,
atau Mekap atau Pilihan Terbaik HS
(pemandangan BEST SHOT).
Rakaman filem dinyahdayakan ketika Pilihan Terbaik HS pemandangan BEST
SHOT digunakan.
2. Tekan [MENU].
3. Tekan [4], guna [8] dan [2] untuk memilih tab “r REC MENU” dan
kemudian tekan [6].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Bebas tangan” dan kemudian
tekan [SET].
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pengatup Gerakan” dan
kemudian tekan [SET].
6. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Sentiasa” atau “180°sahaja”, dan
kemudian tekan [SET].
Jika anda pilih “180°sahaja”, pergi ke langkah 7. Memilih “Sentiasa” akan
memasuki Mod Bebas Tangan. Terus ke langkah 8.
7. Jika anda telah pilih “180°sahaja” dalam langkah 6 di atas, sengetkan
skrin monitor kamera 180 darjah (halaman 17).
Ini memasuki Mod Bebas Tangan.
8. Tekan butang pengatup (jika anda mahu merakam syot kilat) atau [0]
(Filem) (jika anda mahu merakam filem).
Ikon pemasa kendiri mula akan berubah kepada “ ” untuk menunjukkan
kamera dalam mod tunggu sedia untuk merakam.
9. Menghadap kamera, gerakkan tangan atau lakukan pergerakan lain
dalam kawasan ikon (mulakan pemasa kendiri) di skrin monitor.
Apabila kamera mengesan pergerakan berhampiran ikon itu, ia akan menangkap
imej secara automatik.
Untuk memberhentikan rakaman filem, tekan [0] (Filem) sekali lagi.
Mencetuskan Operasi Pemasa Kendiri dengan Gerakan
(Bebas Tangan)