User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
62
Tutorial Syot Kilat
• Dalam kes penangkapan syot kilat, kamera akan kembali kepada tunggu sedia
selepas imej ditangkap. Kamera akan keluar dari mod tunggu sedia secara
automatik selepas 30 syot kilat ditangkap menggunakan Mod Bebas Tangan.
• Satu daripada berikut akan mengeluarkan anda daripada mod tunggu sedia secara
automatik: menekan butang pengatup, menukar orientasi senget skrin monitor,
atau menterbalikkan kamera.
• Mod Bebas Tangan mungkin tidak beroperasi dengan betul apabila terdapat
perbezaan kecil antara subjek dengan latar belakang ikon, atau apabila subjek
jauh dari kamera.
• (ikon pratonton) akan muncul di skrin monitor apabila syot kilat dirakam.
Apabila kamera mengesan pergerakan berhampiran ikon pratonton, ia akan
memaparkan imej yang dirakam selama tiga saat.
•“O Penjejakan” tidak boleh dipilih untuk tetapan kawasan AF semasa merakam
dengan Mod Bebas Tangan. Jika “O Penjejakan” dipilih dalam mod lain, memilih
Mod Bebas Tangan akan menyebabkan tetapan kawasan AF bertukar kepada
“U Titik”.
• Anda tidak boleh menangkap syot kilat dengan menekan butang pengatup semasa
rakaman filem sedang berlangsung (Syot Kilat dalam Filem).
Gunakan prosedur di bawah bagi mengkonfigurasikan tetapan Mod Bebas Tangan.
1. Dalam mod RKM, tekan [MENU].
2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “
r
REC MENU”,
dan kemudian tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Bebas tangan” dan kemudian
tekan [SET].
4. Konfigurasikan tetapan Bebas Tangan.
Mengkonfigurasikan Tetapan Mod Bebas Tangan
(Bebas Tangan)
Tetapan Penerangan
Pengatup
Gerakan
Menetapkan operasi kamera yang memasuki Mod Bebas Tangan.
Sentiasa:
Kamera sentiasa kekal dalam Mod Bebas Tangan, tanpa
mengira skrin monitor senget atau tidak.
180°sahaja:
Kamera memasuki Mod Bebas Tangan hanya apabila skrin
monitor disengetkan ke atas 180 darjah.
Mati: Mod Bebas Tangan dinyahdayakan
Pemasa
Menetapkan jumlah masa yang mesti berlalu sebelum
penangkapan bermula selepas kamera mengesan pergerakan.
Tetapan: 0.5 saat, 1 saat, 2 saat, 10 saat