User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

64
Tutorial Syot Kilat
Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian biasa tampak lebih baru
dan jadi lebih menarik.
1. Dalam mod RKM, tekan [MODE].
2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih “C” (ART SHOT), dan
kemudian tekan [SET].
Ini akan memaparkan menu pemandangan ART SHOT.
3. Pilih pemandangan ART SHOT yang anda mahu gunakan dan
kemudian tekan [SET].
Untuk memilih pemandangan yang lain, lakukan mana-mana operasi di bawah.
Ulang prosedur di atas dari langkah 1.
Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan
”, tekan [SET], dan kemudian pilih pemandangan yang anda mahu.
Menangkap gambar dengan Kesan Artistik (ART SHOT)
Pemandangan Penerangan
Seni HDR
Menggunakan HDR (Julat Dinamik Tinggi, halaman 85)
untuk menukar imej biasa kepada hasil karya seni.
Kamera Mainan
Pinggir gelap dan rona diubah membuat gambar nampak
seperti ditangkap oleh kamera mainan.
Fokus Lembut Pengaburan keseluruhan bagi kesan romantis dan lembut.
Tona Lembut
Kontras lemah bagi gambar dengan penghalusan yang
sedikit.
Terserlah
Penepuan yang ditingkatkan membuat warna terserlah
dengan sangat jelas.
Sepia Tona sepia mencipta pandangan retro.
Monokrom
Semua kontras dan berbintik-bintik yang jelas bagi cetakan
hitam dan putih.
Miniatur
Pengaburan separa membuat pemandangan kelihatan
seperti daripada dunia mini.
Mata ikan
Kesan kanta mata ikan boleh digunakan untuk mencipta
pelbagai imej lucu.
Syot Berkilau
Melembutkan imej keseluruhan dan menambah titik cahaya
untuk kesan kilauan.
Bola kristal
Mencipta kesan misteri dengan meletakkan imej dalam buih
yang terapung di udara.
Kumpulan ART
SHOT
Merakam siri foto dengan Seni HDR, Kamera Mainan,
Monokrom dan Bola Kristal.Satu salinan imej (diambil
dengan Program Auto) tanpa sebarang kesan digunakan
juga disimpan pada permulaan siri imej yang dikumpulkan.