User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
67
Tutorial Syot Kilat
Kelompok Mekap (Mekap BKT) membolehkan anda merakam imej yang sama dalam
tiga versi dengan menekan butang pengatup, setiap satu dengan tetapan Tona Kulit
yang berbeza. Satu daripada imej yang dirakam menggunakan tetapan Tona Kulit
semasa kamera, sementara dua imej lain dirakam menggunakan variasi tetapan
Tona Kulit.
1. Dalam mod RKM, tekan [MODE].
2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih “Þ” (Mekap BKT) dan
kemudian tekan [SET].
3. Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih “ ” (Tetapan
Mekap) item Panel Kawalan, dan kemudian tekan [SET].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Tona Kulit” atau “Kulit Licin”,
dan kemudian gunakan [4] dan [6] untuk menukar nilai tetapan.
5. Tekan [SET].
6. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
Ini akan merakam dan menyimpan imej yang sama dalam tiga versi dengan
pelbagai tetapan “Tona Kulit”, berdasarkan tetapan yang anda pilih dalam
langkah 4, di atas.
• Selepas merakam imej dengan Mekap BKT, anda tidak boleh merakam imej lain
sehingga penyimpanan imej terdahuhu selesai.
• Hanya dua versi imej akan dirakam dan disimpan jika anda merakam dengan BKT
Mekap semasa “Perang +6” atau “Cerah +6” dipilih untuk “Tona Kulit”.
• Rakaman filem dinyahdayakan semasa BKT Mekap dipilih.
Merakam Imej Dalam Tiga Versi dengan Tetapan Tona Kulit
Yang Berbeza (BKT Mekap)
Tona Kulit “Perang +6” kepada “0” kepada “Cerah +6”
Kulit Licin “0 (Mati)” kepada “+12 (Maks.)”