User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
76
Merakam Filem
6. Tekan [SET].
• Tetapan Selang Masa ditunjukkan di bahagian
bawah skrin.
7. Tekan butang pengatup untuk memulakan
rakaman.
• Rakaman diulang pada selang masa yang
ditetapkan dalam langkah 5.
• Rakaman berhenti apabila masa rakaman yang
ditetapkan dalam langkah 5 berlalu atau
apabila butang pengatup ditekan sekali lagi.
• Baki masa rakaman tidak dipaparkan apabila
tetapan “ Jumlah Masa” ialah “Mati”.
• Semasa rakaman Selang Masa, skrin monitor akan mati mengikut tetapan “Tidur”
(halaman 175). Tukar tetapan “Tidur” kepada “Mati” jika anda mahu skrin monitor
terus hidup. Namun, sila ambil perhatian, tetapan ini akan menghabiskan kuasa
bateri dengan lebih cepat.
• Jika tidur didayakan (halaman 175), skrin monitor akan mati selepas tempoh tidur
yang dipraset jika tiada operasi kamera dijalankan, tetapi operasi rakaman selang
masa akan diteruskan. Lampu belakang kamera akan berkelip-kelip pada masa ini.
Menjalankan sebarang operasi semasa skrin monitor kosong akan
menghidupkannya semula. Namun, operasi berikut tidak akan menghidupkan
semula skrin monitor.
– Menekan [ON/OFF] (Kuasa)
– Menekan butang pengatup sepenuhnya
• Kuasa Mati Auto dinyahdayakan semasa rakaman selang masa sedang
berlangsung (halaman 175).
• Fungsi berikut tidak boleh digunakan dengan fungsi ini.
Zum SR Tunggal, Antigoncang, Pencahayaan, AF Berterusan, Pemasa Kendiri
Tigaan, Bebas tangan, Pengecaman Muka, Permeteran, ISO, Had Tinggi ISO,
Mekap
• Kadar bingkai main semula filem yang dirakam dengan fungsi ini ialah 20 fps.
Kualiti filem bergantung pada pemandangan yang anda gunakan.
Pemandangan 1 hingga 6: FHD
Pemandangan 7 hingga 11: HD
• Perhatian, audio tidak dirakam semasa merakam dengan fungsi ini.
• Kamera boleh dikonfigurasikan untuk memainkan filem Selang Masa sahaja
semasa pertunjukan slaid (halaman 129).
• Apabila menggunakan “» Seni HDR” untuk rakaman filem, keamatan kesan seni
ditetapkan mengikut tetapan filem.
• Anda tidak boleh menangkap syot kilat dengan menekan butang pengatup semasa
rakaman selang masa sedang berlangsung (Syot Kilat dalam Filem).
Selang
Jumlah Masa
Pemandangan
Baki masa rakaman
Masa rakaman