User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

79
Menggunakan BEST SHOT
Menggunakan BEST SHOT
BEST SHOT menyediakan kepada anda kumpulan sampel
“pemandangan” yang menunjukkan pelbagai jenis keadaan
penggambaran yang berbeza. Apabila anda perlu menukar
persediaan kamera, cuma cari pemandangan yang sepadan
dengan apa yang ingin anda capai dan kamera akan
menyediakannya secara automatik. Ini membantu
meminimumkan kemungkinan imej rosak disebabkan oleh
tetapan pendedahan dan kelajuan pengatup yang lemah.
1. Dalam mod RKM, tekan [MODE].
2. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk memilih “b
(BEST SHOT), dan kemudian tekan [SET].
Ini akan memaparkan menu pemandangan BEST SHOT.
3. Gunakan [8], [2], [4] dan [6] untuk mengalih
sempadan ke pemandangan yang anda mahu
pilih.
Anda boleh tatal ke halaman pemandangan lain
dengan menekan [8] atau [2].
Untuk kembali ke rakaman syot kilat biasa, tekan
[MODE] dan kemudian pilih “P” (Auto Program)
atau “Ÿ” (PRO Auto Premium).
4. Tekan [SET] untuk mengkonfigurasi kamera
dengan tetapan bagi pemandangan yang
sedang dipilih.
Ini mengembalikan ke mod RKM.
Untuk memilih pemandangan yang lain, lakukan
mana-mana operasi di bawah.
Ulang prosedur di atas dari langkah 1.
Tekan [SET], gunakan [8] dan [2] untuk memilih opsyen Panel Kawalan
”, tekan [SET], dan kemudian pilih pemandangan yang anda mahu.
5. Tekan butang pengatup (jika anda merakam syot kilat) atau [0] (Filem)
(jika anda merakam filem).
Dengan beberapa pemandangan BEST SHOT, mesej “Sedang sibuk... Sila
tunggu...” akan muncul pada skrin monitor selepas anda menekan butang
pengatup. Kamera berada dalam proses rakaman imej sehingga mesej
dipaparkan. Pastikan kamera tidak bergerak. Proses rakaman imej mengambil
sedikit masa untuk diselesaikan selepas mesej dipaparkan. Anda tidak akan
dapat merakam imej lain semasa mesej dipaparkan.
Untuk merakam dengan BEST SHOT
[MODE]
Pemandangan yang
sedang dipilih (dengan
sempadan)
Nombor pemandangan
Nama pemandangan