User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
83
Menggunakan BEST SHOT
Sebagai tambahan kepada Antigoncang optik, tekanan tunggal butang pengatup
semasa Antigoncang HS didayakan, menyebabkan kamera merakam berbilang imej
dan menggabungkannya secara automatik. Gunakan ciri ini untuk meminimumkan
imej kabur disebabkan oleh pergerakan kamera di bawah keadaan di mana
antigoncang optik tidak berfungsi atas sebab tertentu.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Antigoncang HS” (halaman 79).
2. Apabila anda telah sedia untuk menangkap, tekan butang pengatup.
• Dengan pemandangan BEST SHOT ini, tetapan denyar secara automatik menjadi
? (Denyar Mati).
• Antigoncang HS mungkin tidak berfungsi dengan baik dan mengakibatkan imej
kabur jika kamera dialihkan lebih jauh daripada julat yang dibenarkan atau jika
subjek bergerak semasa rakaman.
• Apabila merakam dengan pemandangan BEST SHOT ini, “Kepekaan ISO”
(halaman 46) dan “Had Tinggi ISO” (halaman 104) ditetapkan pada “Auto”.
Merakam dengan Antigoncang Berkelajuan Tinggi
(Antigoncang HS)