User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
86
Menggunakan BEST SHOT
Fungsi ini menganalisis letusan imej berturutan dan kemudian mengaburkan latar
belakang di belakang subjek utama. Ini menghasilkan kesan yang benar-benar
menonjolkan subjek, sama seperti gambar yang diambil dengan kamera refleks satu
kanta. Kesan kabur boleh ditetapkan kepada satu daripada tiga tahap.
1. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Latar Belakang Kabur” (halaman 79).
2. Tekan [SET], dan gunakan [8] dan [2] untuk memilih (Kesan
Kabur) opsyen Panel Kawalan.
3. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih tahap Kabur yang anda mahu, dan
kemudian tekan [SET].
• Tahap Kabur Imej boleh ditetapkan kepada Tahap 1, Tahap 2, atau Tahap 3.
4. Tekan butang pengatup untuk menangkap gambar.
• Sila berada serapat mungkin dengan subjek. Selain itu, latar belakang mesti
sejauh mungkin dari subjek. Jarak yang diperlukan bergantung pada faktor
zum yang digunakan.
• Dengan fungsi ini, tetapan denyar secara automatik menjadi ? (Denyar Mati).
• Menangkap dengan fungsi ini secara automatik menetapkan Antigoncang kepada
“Standard” (halaman 105), tetapi pergerakan besar kamera atau subjek
menyebabkan anda tidak mendapat hasil yang diingini.
• Jika kamera menentukan ia tidak dapat mengkaburkan latar belakang imej atas
sebab-sebab tertentu, ia akan memaparkan imej “Pengaburan gagal. Latar
belakang normal dirakamkan.”. Namun, sila ambil perhatian, imej tetap akan
disimpan, walaupun pengaburan latar belakang tidak boleh dilakukan.
Merakam dengan Latar Belakang Kabur
(Latar Belakang Kabur)
Ditangkap dengan “Auto Program”.
Ditangkap dengan “Latar Belakang
Kabur”.
Contoh : Apabila zum ditetapkan kepada lebar penuh (W), jarak antara
kamera dengan subjek mesti 30 sm, manakala jarak antara subjek
dengan latar belakang mesti sekurang-kurangnya 1 meter.