User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))
94
Menggunakan BEST SHOT
Gunakan prosedur di bawah bagi mengkonfigurasikan kamera untuk merakam syot
kilat dengan nisbah bidang 16:9, semasa anda menggubahnya di skrin TV.
1. Matikan kamera dan gunakan kabel HDMI yang dijual secara komersil
untuk menyambungkan kamera pada TV.
2. Hidupkan kamera.
3. Dalam Mod BEST SHOT, pilih “Output TV HDMI” (halaman 79).
Ini akan mematikan skrin monitor kamera dan memaparkan skrin komposisi imej
di TV yang bersambung.
4. Gubah imej di skrin TV dan tekan butang pengatup untuk merakam.
Menggunakan Skrin TV untuk Merakam Syot Kilat
(Output TV HDMI)
Penyambung HDMI
Kabel HDMI
(dijual secara
komersil)
Penyambung mikro HDMI
Input HDMI
Output HDMI (mikro)