User manual - EXZR50_M29_FA (Malay (macrolanguage))

96
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Tetapan Lanjutan (REC MENU)
Berikut adalah menu operasi yang anda boleh gunakan untuk mengkonfigurasi
berbagai tetapan kamera.
Anda juga boleh menggunakan Panel Kawalan (halaman 40) untuk
mengkonfigurasi beberapa tetapan yang muncul di skrin menu. Rujuk pada
rujukan halaman yang disediakan dalam bahagian ini untuk maklumat mengenai
mengkonfigurasi tetapan menggunakan Panel Kawalan.
. Contoh Operasi Skrin Menu
1. Dalam mod RKM, tekan [MENU].
Ini akan memaparkan skrin menu (r REC
MENU).
Kandungan menu berbeza dalam mod RKM
(r REC MENU) dan mod MAIN (p PLAY
MENU).
2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk
memilih tab yang mengandungi item menu
yang anda mahu konfigurasi, dan kemudian
tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih item
menu yang anda mahu dan kemudian tekan
[6].
Mengendalikan pengawal zum akan
memaparkan halaman item menu seterusnya.
4. Gunakan [8] dan [2] untuk menukar
tetapan item menu yang dipilih.
5. Setelah tetapan adalah seperti yang anda
mahukan, tekan [SET] untuk mengenakan
tetapan dan kembali ke skrin pemidang tilik.
Menekan [MENU] membatalkan pilihan semasa
dan kembali ke skrin menu.
Untuk memaparkan tab yang lain, tekan [MENU] untuk gerakkan sempadan
biru ke item menu dan kemudian tekan [4]. Seterusnya gunakan [8] dan [2]
untuk memilih tab yang anda mahu, dan kemudian tekan [6].
Bergantung pada mod rakaman, beberapa item dalam menu yang muncul mungkin
tidak boleh digunakan. Semasa PRO Auto Premium sedang digunakan, hanya item
menu yang tetapannya boleh dikonfigurasikan akan dipaparkan pada menu.
Mengkonfigurasikan Tetapan Rakaman
[MENU]
[SET]
[8] [2] [4] [6]
Item
Misalnya:
Apabila “Pemasa kendiri
dipilih di tab “
r
REC
MENU”
Tab