User manual
137
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
[p] (MAIN) * [MENU] * Tab “p PLAY MENU” * Lindungi
• Perhatikan bahawa walaupun fail dilindungi, ia akan dipadam jika anda melakukan
operasi format (halaman 181).
. Untuk melindungi imej tertentu dalam kumpulan
1. Semasa main semula kumpulan CS sedang berjalan atau dipegunkan,
tekan [2].
Ini akan memaparkan menu “Edit Kumpulan”.
2. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Lindungi” dan kemudian tekan
[SET].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Pilih Bingkai” dan kemudian
tekan [SET].
4. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih imej yang anda ingin lindungi, dan
kemudian tekan [SET].
Ini akan melindungi imej dan memaparkan ikon ›.
• Untuk melihat imej tertentu, putar pengawal zum.
• Untuk membatalkan perlindungan fail, pilih imej yang dilindungi dan kemudian
tekan [SET].
5. Selepas anda selesai, tekan [MENU] untuk keluar operasi ini.
Melindung Fail Daripada Pemadaman (Lindungi)
Pilih Fail
Lindung fail tertentu.
Gunakan [4] dan [6] untuk memilih imej
yang anda mahu lindungi.
• Untuk melihat imej tertentu, putar
pengawal zum.
Tekan [SET].
Imej yang dilindungi ditunjukkan oleh ikon
›
.
Untuk melindungi fail lain, ulang langkah 1 dan 2.
Untuk keluar daripada operasi lindung, tekan [MENU].
Untuk membatalkan perlindungan fail, pilih imej yang dilindungi dan
kemudian tekan [SET].
Semua
Fail
Lindung semua fail.
Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Semua Fail: Hidup” dan
kemudian tekan [SET].
Tekan [MENU].
Untuk menyahlindung semua fail, pilih “Semua Fail: Mati” dan
bukannya “Semua Fail: Hidup” dalam langkah 1 di atas.