User manual
139
Fungsi Main Semula Lain (PLAY MENU)
[p] (MAIN) * Syot Kilat atau Skrin Filem * [MENU] *
Tab “p PLAY MENU” * Putaran
1. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Putaran” dan kemudian tekan
[SET].
Setiap tekanan [SET] akan memutar imej yang dipaparkan 90 darjah ke kiri.
2. Apabila imej yang dipaparkan berada pada penghalaan yang anda
mahu, tekan [MENU].
• Memutar imej CS menyebabkan semua imej dalam kumpulan CS terputar.
Anda tidak boleh memutar imej komponen individu dalam kumpulan CS.
• Putaran imej panorama tidak disokong.
• Perhatikan bahawa prosedur ini tidak menukar data imej. Ia cuma mengubah cara
imej dipaparkan pada skrin monitor kamera.
• Imej yang telah dilindungi atau dizum tak boleh diputar.
• Versi asal (tak diputar) imej akan dipaparkan pada skrin menu imej.
[p] (MAIN) * Skrin Syot Kilat * [MENU] *
Tab “p PLAY MENU” * Ubah Saiz
Anda boleh mengurangkan saiz syot kilat dan menyimpan hasilnya sebagai syot kilat
berasingan. Syot kilat asal juga disimpan. Anda boleh mengubah saiz imej kepada
satu daripada tiga saiz: 10 M, 3 M, VGA.
• Mengubah saiz syot kilat 3:2 atau 16:9 akan menghasilkan imej dengan nisbah
bidang 4:3, dengan kedua belah dipotong.
• Tarikh rakaman versi diubah saiz syot kilat adalah sama seperti tarikh rakaman
syot kilat asal.
Memutar Imej (Putaran)
Mengubah saiz Syot Kilat (Ubah Saiz)