User manual
143
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
* Memerlukan pemasangan aplikasi EXILIM Remote pada telefon pintar anda.
• Jangan menggunakan fungsi LAN wayarles di dalam pesawat atau di mana sahaja
di mana operasi tersebut dihadkan.
• Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak dapat memainkan semula fail filem
yang telah dihantar ke telefon pintar.
• Bergantung pada model telefon pintar anda, versi sistem pengendaliannya, dan/
atau kapasiti storan yang tinggal boleh menyebabkan kegagalan operasi
penyimpanan filem atau syot kilat. Selepas operasi penghantaran, lakukan operasi
yang diperlukan pada telefon pintar anda bagi memastikan filem atau syot kilat
disimpan dengan baik.
• Melihat filem yang diterima pada terminal Android:
Harap maklum yang filem tidak dipaparkan oleh Gallery. Filem disimpan dalam
folder yang dinamakan “EXILIM Remote”. Pemain filem berasingan diperlukan
untuk main semula filem (yang failnya mempunyai sambungan nama fail MOV).
Bergantung pada pemain filem anda, anda mungkin tidak boleh memainkan filem
dan/atau audio.
• Imej yang dirakam pada kamera pengeluar yang lain tidak boleh dihantar
menggunakan fungsi ini.
• Percubaan untuk menggunakan kad memori yang menyertakan fungsi wayarles
dengan kamera ini boleh menyebabkan operasi tidak normal.
• Sila maklum bahawa fungsi LAN wayarles memerlukan lebih banyak penggunaan
kuasa bateri daripada biasa. Pastikan bateri kamera telah dicas secukupnya
sebelum memulakan operasi LAN wayarles.
• Julat operasi bergantung pada persekitaran komunikasi setempat dan jenis telefon
pintar yang disambung.
Lihat di telefon
Lihat syot kilat yang disimpan dalam
memori kamera pada telefon pintar
dan salin syot kilang dan filem ke
telefon pintar untuk dilihat. Anda juga
boleh melihat syot kilat dan filem
dalam memori kamera pada
komputer dan salin ia ke komputer.
154
Dengan fungsi ini: Anda boleh melakukan ini:
Lihat
halaman:
B