User manual
145
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Guna prosedur di bawah untuk membuat sambungan LAN wayarles antara kamera
dengan telefon pintar buat kali pertama. Operasi ini diperlukan untuk sambungan
pertama sahaja.
1. Pilih Auto Program sebagai mod rakaman.
2. Tekan [MENU].
3. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk
memilih tab “
r
REC MENU”, dan kemudian
tekan [SET].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih
“Tangkapan Jauh” dan kemudian tekan
[SET].
5. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Permulaan Jauh” dan kemudian
tekan [SET].
Ini akan mendayakan sambungan dengan telefon pintar dan kamera akan
memaparkan skrin untuk input SSID dan kata laluan.
6. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan kata laluan dan SSID
kamera.
Apabila mesej “Mulakan aplikasi telefon.” muncul pada skrin monitor kamera, ini
bermakna telefon pintar membuat sambungan wayarles dengan kamera.
• Untuk memutuskan sambungan wayarles, tekan [MENU].
• Apa yang anda perlu lakukan untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles
bergantung kepada jenis telefon pintar yang anda gunakan. Untuk maklumat
lebih lanjut tentang bagaimana mewujudkan sambungan LAN wayarles, lihat
dokumen pengguna yang dibekalkan dengan telefon pintar anda.
Mengkonfigurasi Tetapan LAN Wayarles
Kata laluan
SSID