User manual

147
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Kualiti Filem biasanya STD (640
x
480) apabila merakam dengan Tangkapan
Jauh.
•“O Penjejakan” tidak boleh dipilih untuk tetapan kawasan AF semasa merakam
dengan Tangkapan Jauh. Jika “O Penjejakan” dipilih dalam mod lain, memilih
Tangkapan Jauh akan menyebabkan tetapan kawasan AF bertukar kepada
U Titik”.
Bebas Tangan tidak boleh digunakan apabila merakam dengan fungsi ini.
CS Berkelajuan Tinggi dan CS Prarakam boleh digunakan dalam sebarang mod
merakam selain daripada PRO Auto Premium. Konfigurasikan tetapan Kelajuan
CS, Syot CS Maksimum, dan Syot CS Prarakam pada kamera sebelum membuat
sambungan LAN wayarles.
Bagi CS Prarakam, mengetik butang “PAST” di bahagian bawah skrin telefon
pintar akan memulakan prarakaman imej secara berkesinambungan ke penimbal
sementara. Selepas itu, mengetik butang pengatup
(lihat di bawah) akan
merakam bilangan imej yang ditetapkan oleh “Syot CS maksimum” (imej
diprarakam dan imej rakaman masa sebenar).
Apabila tetapan mod fokus (halaman 44) ialah “AF” (Auto Fokus) atau “Makro”, AF
berterusan (halaman 109) didayakan semasa Tangkapan Jauh dan fokus
dilakukan pada bahagian tengah imej.
. Mengawal Kamera Anda dengan Telefon Pintar
EXILIM Remote menyokong operasi Tangkapan Jauh yang disenaraikan di bawah.
Manual ini menerangkan operasi EXILIM Remote berdasarkan pada skrin yang
muncul menggunakan versi iPhone. Sesetengah operasi mungkin berbeza
bergantung pada jenis telefon pintar.
Keluar daripada Tangkapan Jauh.
Menunjukkan mod rakaman semasa.
Memaparkan tetapan denyar semasa.
Ketik untuk menukar tetapan denyar.
Memaparkan objek yang dilihat oleh kanta
kamera.
Melakukan operasi zum.
Memulakan rakaman CS Prarakam.
Bebutang ini dipaparkan apabila kamera dalam
Mod CS Berkelajuan Tinggi dan tetapan
“Prarakam Syot CS” adalah selain daripada 0.
Togol antara syot kilat dengan rakaman filem.
Rakam syot kilat atau mula rakaman filem.
Hantar syot kilat yang baru dirakam ke telefon
pintar.

Memaparkan tetapan maklumat lokasi.

Memaparkan tetapan pemasa kendiri semasa.
Ketik untuk menukar tetapan pemasa kendiri.
2
4
5
8
1
9
bk
3
7
6
bl