User manual

150
Mewujudkan sambungan LAN Wayarles
Anda boleh pilih satu lagi fail syot kilat dan/atau filem dalam memori kamera dan
menghantarnya ke telefon pintar. Anda boleh pilih sehingga 100 fail, berjumlah tidak
lebih 500 MB untuk satu penghantaran. Selepas menghantar imej ke telefon pintar,
anda kemudian boleh memuat naiknya ke perkhidmatan rangkaian sosial.
1. Dalam mod MAIN, tekan [MENU].
2. Tekan [4], gunakan [8] dan [2] untuk memilih tab “
p
PLAY MENU”,
dan kemudian tekan [6].
3. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hantar ke telefon” dan kemudian
tekan [SET].
4. Gunakan [8] dan [2] untuk memilih “Hantar Imej Terpilih” dan
kemudian tekan [SET].
5. Gunakan [8], [2], [4] atau [6] untuk menggerakkan sempadan biru
ke imej yang anda mahu hantar ke telefon pintar, dan kemudian tekan
[SET].
Memilih imej fail menyebabkan kotak semaknya dipilih.
Anda boleh membesarkan imej yang dipilih dengan memutar pengawal zum ke
arah z ([).
6. Selepas memilih imej semua fail yang anda ingin hantar ke telefon
pintar, tekan [MENU].
7. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi EXILIM Remote.
Ini akan membuat sambungan antara kamera anda dengan telefon pintar, dan
menghantar fail ke telefon pintar.
Jika mesej “Sambung telefon anda ke titik capaian di bawah.” kekal berada
pada skrin monitor kamera, tukar tetapan Wi-Fi telefon pintar anda supaya
kamera anda dipilih untuk sambungan (halaman 145).
Menghantar Fail Syot Kilat atau Filem dari Ingatan Kamera ke
Telefon Pintar (Hantar Imej Terpilih)